Masakan Thailand sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Maklumlah lokasi negara yang bersebelahan menjadikan hidangan dari negara Gajah Putih ini begitu serasi dengan selera kita. Yang paling popular tentunya aneka sajian tomyam, paprik dan ayam pandan. Namun, ada lagi hidangan sedap-sedap yang anda boleh cuba.

 

1. AYAM MASAK DAUN KETUMBAR

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 7 biji cili merah
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 1 pokok daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  3. Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar . Tumis sehingga naik bau. Perasakan secukupnya.
  4. Setelah masak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

2. AYAM KARI HIJAU

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 4 ulas bawang putih | dikisar  
  • 6 tangkai cili padi hijau | dikisar
  • 4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
  • 4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 keping asam gelugur
  • 125ml santan pekat
  • 250ml air
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 1 biji bawang besar | belah empat
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
  4. Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat. Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut. Tutupkan api.  
  5. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.

 

3. GULAI AYAM SIAM

IKLAN

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
  • 250ml santan pekat
  • 250ml air
  • 6 biji terung kampung | belah dua
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm lengkuas | hiris dan kisar
  • 3cm kunyit | hiris dan kisar
  • 6 tangkai cili padi hijau | kisar
  • 2 batang serai | hiris halus dan kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 helai daun limau purut | carik
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
  3. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.  Siap untuk dihidangkan.

 

4. HATI AYAM DAUN BASIL

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati ayam
  • 8gm daun basil thai
  • 15gm daun ketumbar
  • 5 tangkai cili hijau
  • 3 sudu teh jus limau nipis
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili padi hijau
  • 1陆 sudu teh sos ikan thai
  • 1 sudu teh gula perang
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Perap hati ayam dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan sedikit garam. Goreng hati ayam yang diperap tadi.
  2. Kemudian tumis bahan yang dikisar seperti cili padi, bawang, halia, bawang putih dan lain-lain. Kacau sehingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan sos ikan thai, sos cili, gula perang dan jus limau nipis. Kacau sehingga menjadi pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan hati ayam yang digoreng tadi. Kacau dan sedia dihidang bersama nasi panas.

 

IKLAN

5. AYAM HALIA

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5cm halia | hiris halus dan memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 4 biji cili padi | hiris
  • 1 tangkai cili merah | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
  • 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
  • 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
  • 60ml air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
  4. Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.

 

6. SALAD AYAM HATYAI

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 ketul isi dada ayam
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh sos Thai
  • 300gm daun kubis | hiris halus
  • 2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 batang timun | hiris halus
  • 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
  • 250gm kacang tanah goreng
  • 1 biji cili merah | potong halus
  • 4 biji cili padi | potong halus
  • 1 biji cili Benggala hijau | hiris memanjang
  • 1 biji cili Benggala merah | hiris memanjang
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar | potong kasar
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK SOS SALAD:

  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 3 sudu teh cuka
  • 4 sudu teh gula pasir
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 2 sudu makan air masak

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis.  
  2. Di dalam mangkuk salad, satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  3. Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

 

7. AYAM GORENG BANGKOK

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 3cm halia | dikisar dan dihiris bulat
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 2 helai daun limau purut | dikisar
  • 1 batang serai | dikisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan cuka
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Potong ayam menjadi potongan kecil dan perapkan dengan bahan-bahan lain kecuali minyak masak. Biarkan selama lebih kurang 60 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
  3. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

 

8. SUP AYAM SIAM

8 Resipi Masakan Ayam Gaya Thailand.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam
  • Perencah sup siam
  • Serai – anggaran 2 batang
  • Halia
  • Ubi kentang | anggaran 2 biji – dipotong
  • Tomato | belah 4 – anggaran 3 biji
  • Bawang besar | dihiris – anggaran 1 biji
  • Air perahan limau nipis – anggaran 2 biji. Boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
  • Cabai melaka yang ditumbuk
  • Daun limau purut

CARA MEMASAK:

  1. Ayam, serai, air, halia dan ubi kentang direbus selama 5 minit.
  2. Kemudian masukkan perencah sup siam, limau dan cabai yang ditumbuk.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa.
  4. Kemudian masukkan tomato dan bawang besar.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk mewangikan sup.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Afirah Mohd Rosely 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI