Anda stress? Jangan biarkan ia berlarutan sehingga memakan diri, menganggu pekerjaan serta rutin harian. Dari terus derita, cuba tip paling mudah untuk tangani masalah ini. Apa yang  perlu dilakukan adalah dengan mengamalkan lapan makanan ini. Antara makanan-makanan yang bagus diambil dikala stress ialah:

 

 

1. Madu

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Madu mengandung tryptophan yang tinggi. Ia mampu mengurangkan rasa cemas dan melancarkan saraf Anda. Caranya ialah anda disarankan menambah satu sudu makan madu dalam yogurt sebagai sarapan atau oleskan madu pada roti bakar. Hidangan ini mampu menjadi permulaan pagi lebih baik sebelum memulakan rutin harian anda.

 

2. Susu Panas

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Susu juga mengandung tryptophan dan kalsium yang memberikan ketenangan. Anda boleh ambil segelas susu sebagai minuman atau campuran dalam cereal pagi anda.

 

IKLAN

3. Green Tea

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Green tea atau teh hijau sarat dengan L-theanine, bahan kimia untuk menghilangkan stres dan mendorong rasa tenang. Minum secawan teh hijau tanpa kafein sebelum tidur menjadi cara terbaik untuk releksasi fizikal dan mental setelah seharian dengan rutin yang penuh tekanan.

 

4. Coklat

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Coklat mempunyai banyak manfaat terutama bagi perawatan diri. Dark chocolate boleh membantu mengurangkan  kadar stress dalam badan. Mengambil coklat juga membantu menstabilkan metabolisme.

IKLAN

 

5. Air Kelapa

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Kajian yang dilakukan oleh Columbia University pada 2010 mendapati orang yang minum air dan makan isi kelapa boleh membantu menurunkan tekanan darah. Oleh itu anda mungkin boleh memasukkan parutan kelapa muda dalam smoothie untuk sarapan atau minum air kelapa muda disaat stress.

 

6. Pisang

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

IKLAN

Pisang mengandung dua bahan kimia yang mampu merehatkan otot iaitu potasium dan magnesium. Ini adalah alasan mengapa pisang menjadi makanan para atlet selepas bersukan. Buah ini juga mengandung tryptophan yang membantu tubuh untuk rileks.

 

7. Beras Merah

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Menurut Good Relaxation, dan mengendurkan saraf otak dan membantu menghasilkan hormon rileks, seperti serotonin dan melatonin.

 

8. Sayuran Hijau

8 Makanan Boleh Hilangkan Stress & Bantu Beri Rasa Tenang.

Sayuran hijau dan berdaun, seperti bayam dan kangkung mengandung folat yang menjadi vitamin bagi tubuh utnuk membantu  menghasilkan dopamin,  sejenis bahan kimia dalam otak yang merangsang rasa nyaman. Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Affective Disorders pada 2012 menyatakan orang yang melakukan diet tinggi folat kurang gejala depresi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI