Setiap kali menjelang Ramadan, masakan yang sering menjadi sebutan pastinya masakan kampung terutamanya air tangan bonda tercinta. Setiap kali itulah anak rantau mula mengimbau keenakan masakan kampung air tangan bonda.  Teringat zaman kanak-kanak, tak kala menjelang petang sibuk menunggu atau membantu  ibu menyiapkan juadah berbuka puasa. Kali ini, Hotel Armada berkongsi menu istimewa warisan bonda.

 

GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN  BERSAMA JERING

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan masin talang
  • 200gm buah jering
  • 300ml santan
  • 2 peket kecil rempah kari ikan
  • 1-2 cawan air

BAHAN TUMIS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • ½ sudubiji sawi
  • 4 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan periuk, masukkan isi dan  tulang ikan talang bersama serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit air.
  2. Masak  seketika supya rempah masak dan sehingga tulang ikan tersebut lembut.
  3. Masukkan jering dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam.
  5. Tumiskan bahan tumis di dalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
  6. Tuang bahan tumisan  ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi. Minyak yang ditumis jangan di masukkan semua.
  7. Kacau sehingga rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap ke dalam kuah.
  8. Siap untuk di hidang.

 

INFO CHEF:  Untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, anda rendam ikan masin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak. Kemudian cuci bersih.

 

 

SAMBAL UDANG PETAI

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang putih | saiz XL
  • 2 biji bawang merah | hiris bulat
  • 100gm isi petai | bersihkan
  • 2 batang serai | titik
  • 100gm belacan
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 200gm minyak masak
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 200gm bawang merah
  • 200gm bawang putih
  • 100gm halia
  • 300gm cili giling

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang, kemudian tapis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng udang hingga kemerahan, Ketepikan.
  3. Panaskan  minyak dalam kuali lain.
  4. Masukkan bahan-bahan  kisar.
  5. Tums hingga naik bau,  masukkan petai dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Barulah masukkan udang dan bawang besar yang telah dihiris tadi.
  7. Kacau perlahan-lahan. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan gula secukupnya.
  8. Kecilkan api, apabila timbul minyak, angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:
Untuk mengurangkan rasa petai yang kuat, goreng dahulu petai separuh masak.

 

 

 

IKLAN

KETAM BERLADO BONDA

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg  ketam bunga | potong dua
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 5 ulas bawang merah | hiris halus
  • 3 ulas bawang putih | hiris halus
  • 1/2biji bawang besar dipotong bulat
  • Daun bawang dan daun  ketumbar secukupnya | hiris halus
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Minyak Masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah yang di hiris halus.
  2. Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak, kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bawang besar. Biar sehingga bawang besar layu. Barulah masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau rata.
  4. Tutup kuali supaya ketam masak dengan sekata.
  5. Kemudian, buka penutup kuali dan kacau hingga pecah minyak dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa..
  6. Hiaskan hidangan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.

 

INFO CHEF:  Jika suka boleh goreng dahulu ketam, kemudian masukkan selepas bahan tumisan pencah minyak.Dan tidak perlu tunggu lama.

 

 

TULANG LEMBU GULAI KAMPUNG

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang lembu
  • 500ml santan pekat
  • 500gm cili giling
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6-8 ulas bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 1 sudu teh  jintan putih
  • 1 sudu  teh jintan manis
  • 1 sudu makan ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan tulang, kemudian rebus hingga empuk.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kisar, kacau rata.
  3. Masak seketika di atas api sederhana beberapa minit atau hingga mendidih seketika.
  4. Seterusnya masukkan serai,santan pekat dan asam gelugor.
  5. Kacau rata dan biarkan ia mendidih lebih kurang 3-4 minit.
  6. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah secukup rasa,angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF: Jika anda tidak suka cili kering giling boleh tukar dengan cili padi.

 

IKLAN

 

AYAM KAMPUNG DAUN MAMAN

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor Ayam Kampung | potong kecil
  • 300gm daun maman  | ambil daun dan pucuknya sahaja
  •  1helai daun kunyit | simpul
  • 3 batang serai | titik
  • 500gm santan pekat
  • 200gm asam gelugor

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan toskannya .
  2. Masukkan dalam periuk bersama bahan kisar. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air, serai dan asam gelugor, biarkan ia mendidih dan sekali sekala kacau.
  4. Setelah empuk, masukkan daun kunyit dan maman serta santan pekat.
  5. Biarkan seketika, setelah mendidih perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup.
  6. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Lebih lama diperangatkan gulai ini ia lagi sedap.

 

IKAN MERAH MASAK KUAH LADA

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan merah | potong besar
  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu makan kerisik kelapa
  • 1 sudu makan ketumbar | kisar kasar
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  •  2 sudu makan cili giling
  •  2 sudu makan kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6-8 ulas bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 4cm kunyit hidup
  • 3cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan daun kari.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
  3. Masukkan cili giling. Apabila sudah naik bau, masukkan lada hitam, ketumbar dan rempah kari. Biarkan masak seketika.
  4. Kemudian masukkan ikan merah, santan dan air asam jawa.
  5. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih
  6. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Kecilkan api dan biarkan mereneh 3-4 minit.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Selain ikan merah,anda boleh gunakan ikan lain, ikut citarasa.

 

IKLAN

 

SINGGANG DAGING

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging lembu | potong kecil
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 batang serai | titik
  • 3-4 batang kacang bendi | potong dua

BAHAN KISAR:

  • 6-8  ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 4cm kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam

 

CARA MEMASAK:

  1. Daging dibersihkan dan ditoskan.
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya.
  3. Masukkan sedikit air dan dan asam gelugor  biar sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daging yang dipotong tadi dan masak sehingga empuk.
  5. Bila sudah masak, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Siap untuk dihidang.
  7. Enak dihidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF: Sesetengah negeri, singgang daging tidak ditumis atau dicampur dengan kunyit.

 

 

 

SOTONG MASAK KUNYIT

8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong putih | buang kulit arid an hiris bulat
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 2 biji cili merah dan cili hijau | hiris
  • 2 biji tomato | belah 4
  • 50 gm serbuk kunyit
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 gm bawang putih
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sotong dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga  naik bau.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, cili padi dan serbuk kunyit.
  4. Kacau lebih kurang dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Setelah sotong masak dan cukup rasa, taburkan sedikit biji sawi, cili merah, cili hijau dan tomato sebagai hiasan hidangan.
  6. Tutup api, sotong sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jangan masak sotong terlalu lama,ia akan menjadi keras semula.

 

RESIPI:   CHEF ZANARIAH HUSIN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI