Selain mudah disediakan sup juga menjadikan daging dan tulang lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi.

Kepada anda yang menggemari sup,  RASA bawakan tujuh jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, keting dan beberapa lagi.

Wau sedapnya ! kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuah sup. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan dengan selera anda dan keluarga.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.1.  SUP TULANG RAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rawan
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 batang serai | titik
  • Daun sup secukupnya | hiris halus
  • Daun bawang secukupnya | hiris halus
  • Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit ,minyak untuk menumis

BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6-8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
  7. Sup sedia untuk dihidang.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

2. SUP URAT KETING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg urat keting
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRIS:

  • 4cm halia
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:

  • Daun sup | hiris
  • Daun bawang | hiris
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

CARA MEMASAK:

  1. Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
  2. Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
  3. Tambahkan air.dalam sup tadi , biarkan mereneh seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan perasakan
  5. Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.
  6. Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  7. Hidangkan panas=panas.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

IKLAN

 3SUP TULANG MERAH SINGAPURA

BAHAN-BAHAN:

 BAHAN REBUS SEKALI:

  • 2kg tulang kambing  dengan isi | dicuci bersih dan toskan
  • 4cm  halia | dihiris nipis
  • 6 ulas bawang putih | dititik
  • 1 sudu makan garam

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 5cm halia
  • 12 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:

  • 5 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 1 batang lobak merah | dipotong kiub
  • 3 biji tomato merah | dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar | dpotong dadu
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan penuh tomato pure
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1sudu makan kicap masin
  • 4 sudu makan  cili kisar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan satu cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit pewarna merah
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kacang pis | jika suka
  • Bawang goreng secukupnya
  • Air secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah penumis, tomato didadu.
  2. Diikuti bahan kisar, kacau hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak timbul minyak.
  4. Seterusnya tambah tomato puri dan sos tomato, kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit.
  5. Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk.
  7. Tambahkan pewarna merah, garam, gula, kicap, kacang pis dan daun ketumbar.
  8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

4. SUP GEAR BOX

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 ketul gearbox | rebus hingga empuk
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah sup
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 ulas buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN HIRIS:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau rata dan masukkan sedikit air, biarkan tumisan rempah pecah minyak baru masukkan gearbox bersama air rebusanya ke dalam periuk.
  4. Setelah mereneh, perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan perasa secukupnya.
  5. Apabila cukup rasa, tutup api dan sup sedia dihidangkan.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

5. SUP DAGING ALA MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
  • 3-4  biji cili padi
  • 3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar

BAHAN TUMIS:

  • 4 sudu makan rempah sup
  • 100gm bawang kecil | dikisar halus
  • 30gm bawang putih | dikisar halus
  • 50gm  halia | dikisar halus
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga

 CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
  3. Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

6. SUP EKOR  SPECIAL

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak
  • 400ml air rebusan ekor
  • 1 biji tomato | belah 4
  • 1 batang saderi | potong
  • 1 batang serai | titik
  • 5 tangkai cili padi | ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 inci lengkuas
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
  3. Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
  4. Angkat dan sedia dinikmati panas.

7  Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

7. SUP  TULANG RUSUK

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
  • 400ml air rebusan tulang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 50gm rempah sup
  • 2 inci halia | hiris tebal
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
  2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK SUP DAN TULANG DAGING KORBAN, JOM SEMAK DI SINI.

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI RESIPI INI :

Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.

Resipi Daging Black Pepper, Merecik Rasa

https://www.rasa.my/sos-black-pepper-viral-memang-meleleh-liur/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI