Bijirin oat sangat bagus untuk kesihatan dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan, mengawal kadar kolesterol serta melancarkan sistem pembuangan. Namun, ramai yang kurang gemar makan bijirin ini. Mungkin dek kerana rasanya yang agak tawar dan hambar. Menerusi perkongsian saudari Cuckoo Izz, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Overnight Oats. Ia adalah salah satu cara yang boleh membantu anda menikmati bijirin ini dalam cara lebih sedap. Ada 6 resipi yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

 

1. OVERNIGHT OATS WITH APPLES

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats
  • 100ml fresh milk/low fat milk  ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu makan madu
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • Separuh biji epal hijau – potong kecil

CARA-CARA:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. ( INFO RASA: sebaiknya bekas kaca berpenutup).
  2. Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman atau paling minimum 4 jam sebelum dinikmati.

 

2. OVERNIGHT OATS WITH GRAPES

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats 
  • 100ml fresh milk/low fat milk  ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu madu
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • 5-6 biji anggur hijau
  • 1 sudu besar greek yogurt 

CARA-CARA:

IKLAN
  1. Campur kesemua bahan-bahan diatas.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.

 

3. OVERNIGHT OATS WITH NUTS

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats 
  • 100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu kecil hershey choc syrup
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • 1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
  • 1 sudu besar hazelnut 
  • 1 sudu besar greek yogurt 

CARA-CARA:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 4 jam.

INFO: Yang ni sedap sebab ada kacang. Nak lagi rangup, letak kacang sewaktu nak makan.

 

IKLAN

4. OVERNIGHT OATS WITH NUTS, GREEN GRAPES AND APPLE

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats 
  • 100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu kecil hershey choc syrup
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • 1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
  • 1 sudu besar hazelnut 
  • 1 sudu besar greek yogurt 
  • Suku biji epal hijau
  • 3 biji green grapes / anggur hijau

CARA-CARA:

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
  2. Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.   

 

5. OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats 
  • 100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • 1 sudu besar greek yogurt 
  • 5-6 biji black grapes/ anggur hitam

CARA-CARA:

  1. Campurkan sahaja bahan-bahan diatas dalam bekas bersesuaian.
  2. Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
  3. Boleh dijadikan on the go breakfast. Mudah! 

 

6. OVERNIGHT OATS WITH POMEGRANATE AND KIWI

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 sudu besar rolled oats 
  • 100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
  • 1 sudu kecil chia seeds
  • 7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
  • 1 sudu besar greek yogurt 
  • 1 sudu besar delima
  • Sebiji kiwi – kupas kulit dan potong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Campur sahaja bahan-bahan diatas ni.
  2. Kemudian biar dalam peti sejuk semalaman atau paling cepat 4 jam sebelum dinikmati.
  3. Yang ni memang sedap sangat!

Selamat mencuba!

INFO DARI RASA:

  1. Greek yogurt boleh diperolehi di pasaraya.
  2. Selain bahan-bahan yang dinyatakan diatas, boleh tambah aneka buah-buahan, kekacang atau bijirin mengikut citarasa masing-masing.
  3. Sesuai dinikmati sewaktu sarapan. Boleh juga makan pada waktu-waktu lain.
  4. Overnight oats yang dibuat, sebaiknya dihabiskan. Jika baki disimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama, dikhuatiri tidak enak.

Kredit resipi & foto: Cuckoo Izz

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI