Tidak lengkap minum petang tanpa hidangan bergoreng seperti aneka cucur pelbagai perisa, cempedak goreng, pisang goreng dan sebagainya. Rangup dan sedap, ia bukan sahaja disukai oleh orang dewasa malah kanak-kanak pun leka menikmatinya.

Banyak gerai yang menjual hidangan bergoreng begini namun sukar nak jumpa yang betul-betul kena dengan selera. Tapi ada cara untuk menikmati sajian minum petang yang enak dan memenuhi cita rasa semua hanya dari dapur anda!

Nikmati Pisang dan Cempedak Goreng yang sedap dan rangup hanya dengan menggunakan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g.  Lengkap dengan campuran tepung dan perasa yang diperlukan. Setiap gorengan disalut sempurna dan ditambah aroma vanila yang memikat selera. Paling penting, ia sangat mudah disediakan. Hanya tambah air secukupnya, dah siap adunan.

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Masak cucur juga jadi lebih mudah dengan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g. Jika sebelum ini nak masak cucur tapi susah nak anggar sukatan tepung, air dan perasa yang tepat. Hasilnya cucur yang dimasak jadi keras, tidak rangup dan kadang-kala, kurang rasa.  Tak berselera nak makan. Tapi kini tidak perlu risau lagi.

Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g ini dihasilkan dengan sukatan yang lengkap bagi memudahkan anda menghasilkan cucur yang sangat enak. Cukup dengan perasa dan rempah yang diperlukan. Tak perlu lagi tambah perasa tambahan. Hanya masukkan hirisan sayur-sayuran dan goreng hingga kuning keemasan. Sedapnya memang tak terkata. Rangup diluar, lembut di dalam, sangat membuka selera. Pendek kata memang boleh habis sepinggan bila dicicah dengan sos kegemaran.

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Jomlah masak menu goreng-goreng petang ni. Seri-Aji® kongsikan seleksi resipi sajian minum petang yang sedap dan mudah yang anda boleh masak untuk keluarga. Selamat mencuba!

 

1. CUCUR SAYUR Seri-Aji®

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
  • Minyak masak secukupnya
  • 150g lobak merah – potong memanjang
  • 50g kubis – potong memanjang
  • 18g daun kucai – potong kecil 1cm
  • 8g daun saderi – potong kecil 1cm
  • 325ml air

CARA MEMASAK:

1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.

2.Tambahkan hirisan lobak merah, kubis, daun kucai dan saderi. Gaulkan sehingga sebati.

3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.

 

2.CUCUR UDANG Seri-Aji®

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
  • Minyak masak secukupnya
  • 375g udang
  • 30g daun kucai – potong kecil 1cm
  • 25g bawang merah – hiris
  • 325ml air

CARA MEMASAK:

1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.

2.Tambahkan udang, hirisan daun kucai dan bawang merah. Gaulkan sehingga sebati.

3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.

 

3. CUCUR JAGUNG

IKLAN

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
  • Minyak masak secukupnya
  • 250g jagung manis
  • 1 biji bawang Holland – cincang
  • 2 tangkai daun sup – cincang
  • 325ml air

CARA MEMASAK:

1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.

2.Tambahkan jagung manis, bawang kuning dan daun sup. Gaulkan sehingga sebati.

3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji cucur.

 

4.PISANG GORENG Seri-Aji®

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
  • Minyak masak secukupnya
  • 15 biji pisang
  • 150ml air

CARA MEMASAK:

1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.

2.Salutkan pisang dengan adunan tepung.

3. Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji pisang.

 

IKLAN

5. CEMPEDAK GORENG Seri-Aji®

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
  • Minyak masak secukupnya
  • 30 ulas cempedak
  • 150ml air

CARA MEMASAK:

1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.

2.Salutkan cempedak dengan adunan tepung.

3.Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 30 ulas cempedak.

 

6. CHURROS

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
  • Minyak masak secukupnya
  • 50g tepung gandum
  • 200g mentega
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar kulit kayu manis
  • 3 sudu besar gula perang
  • 500ml air

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mentega, gula, garam dan air ke dalam periuk dan didihkan.

2. Setelah mendidih, kecilkan api kemudian masukkan tepung.

3. Kacau dengan spatula sehingga adunan menjadi doh lembut dan doh mula melekat pada permukaan periuk.

IKLAN

4. Biarkan doh sejuk selama 5 minit.

5. Masukkan esen vanila dan telur kemudian pukul dengan pengadun elektrik.

6. Pindahkan adunan ke dalam beg paip yang diletakkan nozel bintang pada hujung

7. Paipkan adunan sepanjang 10cm ke dalam minyak yang telah dipanaskan dan potong dengan gunting bersih.

8. Goreng hingga kekuningan. Ulang sehingga adunan selesai. Ketepikan.

9. Campurkan gula perang dan serbuk kayu manis, kemudian salutkan churros dengan campuran gula.

10. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!

6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!

Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:

  1. Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
  2. Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
  3. Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.

 

HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!

 

  • HADIAH UTAMA: Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
  • PEMENANG JAGUH NASI GORENG: “Molly” Kuvings Multi-Function Cooker
  • PEMENANG JAGUH AYAM GORENG: PerySmith 30L Air-Fryer Oven (saiz XXL)
  • PEMENANG JAGUH SNEK PETANG: Le Creuset Signature Round French Oven 18cm + Venus Spatula Spoon

 

ISTIMEWA UNTUK 50 PESERTA TERAWAL: Baucar Shopee bernilai RM10

 

Tempoh Peraduan: 8 November – 19 Disember 2021

 

Untuk info lanjut mengenai kategori, hadiah, dan cara menyertai peraduan, sila layari – http://www.ajinomoto.com.my/seriajijaguhmemasak/

 

Jom hantar penyertaan anda sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI