Sayur merupakan sajian penting dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan vitamin serta khasiat buat tubuh kita. Namun sesetengah orang yang kurang gemarmakan sayur  especially budak-budak kecil memang liat kalau bab makan sayur, rasa macam makan daun katanya.

Ada banyak cara untuk menjadikan sajian sayur supaya lebih sedap bak air tangan chef terkenal. Tidak perlu guna banyak bahan atau tambah berbagai perencah. Cukup sekadar ramuan ringkas ditambah dengan air tangan ibu yang penuh kasih sayang, sajian sayur enak dinikmati buat anak-anak serta suami tercinta.

Rahsianya  ialah Rasa Sifu™, penambah perasa semua dalam satu yang diperkaya dengan kemanisan tiram dan aroma sedap yang menjadikan masakan anda bertambah lazat!

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Rasa Sifu™ adalah serbuk perasa yang mengandungi campuran bahan-bahan  perasa asas yang sempurna, sos tiram, bawang-bawang bertumis dan ramuan istimewa yang memberikan “rasa wok” yang sangat enak.

Hanya tambahkan sedikit sahaja Rasa Sifu™ dalam masakan sudah cukup untuk menjadikan sajian anda enak berperisa.  Rasa Sifu™ ni memang bahan perasa lengkap “all in one”. Tidak perlu lagi bahan perasa lain. Belanja dapur anda pun boleh jimat.

Anda memang suka masak guna Rasa Sifu™?

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Jom sertai Peraduan Masak & Kongsi dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500. Bukan itu sahaja, ada lagi pelbagai hadiah menarik lain menanti anda.

Peraduan ini bermula 15 Julai hingga 5 September 2021. Masih ada masa lagi ni. Ayuh hantar penyertaan anda sekarang!

 

1.PERIA GORENG TELUR

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Cadangan Hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm peria – dibuang biji dan dihiris
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan pes cili sehingga wangi.
  2. Masukkan peria, kacau goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk kunyit, kacau seketika.
  4. Perasakan dengan Rasa Sifu™.
  5. Masukkan telur dan kacau goreng sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidang.

Tips: Rendamkan peria dengan air garam selama 15 minit selepas dipotong dan bilas untuk mengurangkan rasa pahit.

 

IKLAN

2. PUCUK PAKU TUMIS IKAN BILIS

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Cadangan Hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 200gm pucuk paku – diambil bahagian lembut sahaja
  • ¼ cawan air
  • ½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • 10gm ikan bilis – dibasuh dan digoreng

BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan pucuk paku dan air. Kacau goreng sehingga lembut.
  3. Perasakan dengan Rasa Sifu™.
  4. Masukkan ikan bilis dan kacau sekata.
  5. Sedia untuk dihidang.

 

3. TAUGEH TUMIS UDANG

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Cadangan Hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 6 tangkai cili kering – dipotong
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 10 ekor udang – dibuang kulit
  • 400gm taugeh
  • 60gm kucai – dipotong
  • 1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • 1 biji cili merah – dihiris serong

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan cili kering dan bawang putih sehingga kuning keemasan.
  2. Masukkan udang, kacau goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau goreng sebentar.
  4. Perasakan dengan Rasa Sifu™.
  5. Masukkan cili merah dan kacau goreng sehingga sekata.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

4. KANGKUNG TUMIS

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Cadangan Hidangan: 6 orang

BAHAN-BAHAN A: DITUMBUK

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 400gm kangkung
  • 3 sudu besar air
  • ½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan kangkung dan air, kacau sebentar.
  3. Perasakan dengan Rasa Sifu™. Kacau rata sehingga kangkung lembut.
  4. Sedia untuk dihidang.

 

5. SAYUR GORENG DAGING

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

IKLAN

Cadangan Hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm daging – dihiris nipis
  • 1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 100gm lobak merah – dihiris
  • ½ cawan air
  • 200gm brokoli
  • 100gm cendawan shitake – dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan daging bersama ½ sudu besar Rasa Sifu™.
  2. Panaskan minyak masak, goreng daging sehingga garing.
  3. Masukkan bawang putih, tumis sehingga garing.
  4. Masukkan lobak merah dan air. Kacau rata.
  5. Masukkan brokoli dan cendawan shitake. Kacau goreng sehingga masak.
  6. Perasakan dengan ½ sudu besar Rasa Sifu™. Kacau rata.
  7. Sedia untuk dihidang.

 

6. SAWI PAK CHOY BERSAMA IKAN BILIS

6 Resepi Sayur Kampung ‘Simple’ & Enak Untuk Makan Tengahari

Cadangan Hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN A:

  • 400gm sawi pak choy
  • ½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

BAHAN-BAHAN B: SOS

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5gm ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji cili merah – dicincang
  • ½ inci halia – dicincang
  • 1 cawan air
  • ½ sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air, perasakan dengan Rasa Sifu™.
  2. Celurkan sawi pak choy sehingga daunnya bertukar ke warna hijau tua. Tapis dan susun diatas pinggan.
  3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  4. Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih, cili merah dan halia sehingga wangi.
  5. Masukkan air dan perasakan dengan Rasa Sifu™, biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  7. Tuangkan sos ke atas sayur sawi pak choy.
  8. Taburkan ikan bilis goreng dan sedia untuk dihidang.

Tips: Celupkan sawi pak choy ke dalam air berisi ais selepas mencelur untuk menghentikan proses memasak dan mendapatkan sayur yang rangup.

 

Dapatkan maklumat peraduan dan resipi-resipi disini: https://www.ajinomoto.com.my/promotion/rasa-sifu-masak-menang

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI