Cuti persekolahan bakal menjelang. Maka, banyaklah majlis-majlis pertunangan serta pernikahan yang diadakan. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang biasa disajikan oleh pihak katering dan anda boleh masak sendiri di rumah secara rewang. Sangat sesuai disajikan buat tetamu yang datang ke majlis anda nanti.

 1. KARI DAGING KENTANG

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
  • 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
  • 1 kg santan pekat
  • 1 liter air
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 5 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
  4. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
  5. Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan

Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.

 

 2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
  • 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 5 batang serai | diketuk
  • 5 helai daun kunyit | disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter santan cair
  • 2 kg santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
  5. Sedia untuk dihidangkan

Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.

 CUBA: 

Koleksi Pelbagai Resipi Masakan Daging Yang Cepat Masak & Sedap.

3. IKAN DORY MASAM MANIS

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
  • 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
  • 2 biji bawang besar | hiris kasar
  • 7 ulas bawang putih | diketuk
  • 5 sudu makan sos Hoisin
  • 1 botol besar sos cili Thai
  • 5 sudu makan sos plum
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Hirisan daun sup untuk hiasan
  • Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
  2. Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
  4. Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
  5. Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
  6. Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
  7. Sedia untuk dihidangkan

Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.

4. ACAR ANGGUR

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg anggur hitam
  • 3 biji timun jepun
  • 3 biji tomato masak
  • 1 biji bawang holland
  • 1 cawan cuka makan
  • 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan semua bahan dan toskan.
  2. Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk dihidangkan

Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.

 5. SAYUR CAMPUR

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
  • 1kg brokoli | dipotong sedang
  • 1kg bunga kubis | dipotong sedang
  • 500gm kacang pis
  • 3 biji bawang besar | dihiris halus
  • 7 ulas bawang putih | diketuk
  • 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
  • 5 sudu makan serbuk perisa
  • 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
  3. Masukkan udang dan goreng seketika.
  4. Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
  5. Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.

 6. PAJERI TERUNG

6 Idea Masakan Ala Katering Yang Boleh Anda Masak Sendiri. Sesuai Untuk Majlis Kenduri Pertunangan.

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
  • 1 kg santan pekat
  • 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
  • 2 senduk kerisik

BAHAN TUMIS:

  • 5 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS:

  • 7 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika

CARA MEMASAK:

  1. Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
  5. Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.

ANDA MUNGKIN SUKA: 

8 Makanan Tradisional Kedah & Johor Yang Wajib Anda Cuba Bila Berkunjung Ke Selatan & Utara.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI