Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari ketuhar, memang sedap dapat makan roti buatan sendiri.

Lagi-lagi makan bersama keluarga, memang puas hati. Jika biasanya sebelum ini, beli di kedai, nah dah boleh buat sendiri di rumah. Lagi menjimatkan.

Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.

 

HEAVY WHOLEMEAL LOAF

5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN DOH:

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar )
20gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
450gm air sejuk
120gm serat gandum kasar
20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)

Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar (5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. Keluarkan doh yang sudah kembang.
9. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.

INFO CHEF: Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.

Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Roti yang menyihatkan
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

 

7 GRAINS LOAF

5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN DOH:

IKLAN

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur /untreated
70gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
450gm air sejuk
50gm serat gandum kasar
150gm bijian campuran (7 jenis)
20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

INFO CHEF: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.

Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Mengandungi tujuh jenis bijirin
Anggaran harga: RM20-RM30

 

GREEN TEA LATTE LOAF

5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN DOH:

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
250gm air sejuk
30gm serbuk teh hijau
50ml Espresso Double Shot

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
6. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
7. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

 

HONEY OAT LOAF

5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
80gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
60gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
350gm air sejuk
150gm oat bermadu (seperti di atas)
150gm oat
100gm madu

CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat oat madu; campurkan oat dan madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

INFO CHEF: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk mengelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.

IKLAN

Saiz Hidangan: 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa madu dan oat yang sedap
Anggaran harga: RM20-RM30

 

DARK CHARCOAL LOAF

5 Resipi Roti Bijirin Ala Café, Mudah Je Nak Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN DOH:

500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated
100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar)
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan)
350gm air sejuk
30gm black charcoal powder
20gm brown malt flour

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

INFO CHEF: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.

Saiz Hidangan: 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Keistimewaan: Rasa yang amat berbeza
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

Terima kasih: Chef Sharizat, Golden Republic

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Bau Cukup Harum, Mudah Buat Kek Kelapa Guna Sukatan Cawan

Aiskrim Mangga Homemade Lemak Berkrim Mudah & Sedap 

Resipi Puding Trifle Sedap & Senang, Tapi Dalam Versi Cup

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI