Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam.

Pelbagai jenis yang ada seperti daging, isi ayam, coklat, mentega kacang, kacang merah dan banyak lagi.

Namun untuk mendapatkan bentuk pau yang gebu dan tekstur yang lembut, ada petua yang boleh diikut. Sebenarnya, kuantiti air bergantung pada jenis tepung yang digunakan.

Petua dan tip cara buat kuih pau yang dikongsi Zainoor Aliza Ali ini, diharap dapat membantu mereka di luar sana untuk menghasilkan kejadian pau yang terbaik.

 

RESIPI PAU 1

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum (guna tepung cap lili kuning) – beli online di sini
11g @ 1 peket yis – beli online di sini
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula – beli online di sini
4 sudu besar minyak masak – beli online di sini
2 ½ cawan air
1 sudu besar shortening
1 sudu besar ovalette
Sedikit marjerin (semasa uli)

 

RESIPI PAU 2

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

 

BAHAN-BAHAN:

3 ½ cawan tepung gandum (guna tepung cap bunga ros)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
½ sudu kecil garam
4 sudu besar minyak masak
1 cawan air

 

RESIPI PAU 3

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum
2 peket yis
3 sudu besar gula
3 ++ cawan air (lebih kurang 770ml)
6 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu tepung

 

RESIPI PAU 4

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

BAHAN-BAHAN:

1 peket yis (11gm)
1 cawan air
2 sudu besar gula
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak

 

RESIPI PAU 5

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

2 sudu besar yis (1 peket 11gm)*
2 sudu besar gula*
2 sudu besar susu tepung*
½ cawan air suam*
(* bahan bancuhan)
500gm tepung pau
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar shortening
1 sudu besar baking powder
1 cawan air

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

CARA-CARA:

1. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan (20 minit). Rehatkan doh dan tutup rapat selama 45 minit -1 jam. Biarkan adunan kembang.
2. Bila doh dah kembang, ambil sikit adunan dan bentukkan bebola kecil.
3. Kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah (canai pun boleh tapi jangan nipis sangat) dan masukkan inti.
4. Setelah itu tutup dan letakkan di atas potongan kecil kertas atau daun pisang.
5. Dah boleh susun dalam bekas kukusan. Biarkan sekejap. Bila air dah mendidih, kukuskan pau selama 7 minit. Balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelak wap jatuh ke atas pau.
6. Selepas 7 minit buka penutup pau dan kukus tanpa penutup dalam 2 -3 minit dan tutup api. Rehatkan sekejap pau dalam kukusan sebelum dikeluarkan.
7. Untuk mengelakkan pau mengecut, jangan kukus lama sangat.

TONTON Creamy Garlic Butter Chicken

INTI DAGING: (untuk 500gm tepung)

1 labu bawang besar | dicincang
1 cawan daging cincang
4 biji kentang | dipotong dadu
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk rempah kari
Garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MASAK:

Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.

INTI AYAM: (untuk 1kg tepung)

6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil
10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu
2 labu bawang besar | dicincang halus
4 sudu besar cili kering kisar
6 sudu besar rempah kari ayam
1 kiub ayam
Garam

IKLAN

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MASAK:

1. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari. Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.

INTI COKLAT: (untuk 500gm tepung)

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
2 sudu besar tepung jagung

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MASAK:

1. Bancuh kesemua bahan. Basak dengan api kecil. Sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang).
2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.

NOTA:

1. Lepas doh dah kembang (2x ganda) tak boleh dibiarkan terlalu lama. Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus, kuih akan mengecut.
2. Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut). Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit. Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata.
3. Masa mengukus, penutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih.
4. Lepas 7 minit kuih dikukus, buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan.
5. Ada beberapa sebab pau mengecut bila dah masak:
i) Doh terlebih kembang (overproofing).
ii) Kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut.
iii) Terlebih masa mengukus.
iv) Lepas masak, terus buka keseluruhan penutup kukusan. Sebenarnya kena buka sikit-sikit dulu.
v) Api dapur tak boleh terlalu besar.

Kredit resipi: Zainoor Aliza Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.

Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza 

Buat Sendiri Shawarma Wrap Homemade, Lagi Puas & Isi Lebih Banyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI