Masakan berasaskan ayam memang digemari ramai. Bukan sahaja enak, malah mudah dimasak. Jika anak-anak dan keluarga anda gemarkan sajian yang tidak berkuah, seleksi resipi hari ini boleh anda cuba. Ada yang rangup, ada yang bersos pedas. macam-macam. Memang layan!  Selamat mencuba!

1. AYAM CENDAWAN SOS LADA HITAM

5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hirisan isi dada ayam | diperap 15 minit dengan serbuk lada putih dan garam
  • 5-6 ketul cendawan shitake | potong dua
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 3 ulas bawang  putih | cincang halus
  • 3 cm halia | hiris halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng hirisan isi dada ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan cendawan shitake,kacau seketika, masukkan isi dada ayam tadi.
  4. Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

2. AYAM  GORENG  PERI-PERI

5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos peri-peri
  • 1 biji perahan lemon
  • 1 sudu makan paprika
  • sehelai daun bay kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega | untuk menumis
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan  ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
  4. Masukkan cili, paprika, oregano  serta sos peri-peri.
  5. Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.
  6. Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gua secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

3. RANCH CHICKEN BITES  CRISPY

5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
  • 3 sudu makan sos ranch
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan parut keju
  • 4 biji tomato ceri
  • 1 biji telur
  • 2 cawan nestum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.
  2. Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali .
  4. Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.
  5. Goreng hingga kekuningan.
  6. Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  7. Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.
  8. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.

4. CILANTRO LIME CHICKEN

5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan empingan cili
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 biji tomato | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus 
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata.
  2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Panaskanketuhar pada suhu180C.
  4. Sementara itu, alas dulang pembakar dengan aluminium foil, kemudian masukkan perapan ayam di atasnya.
  5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
  6. Bakar lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.

 5. JEJARI AYAM  NESTUM BERSAMA SOS MADU BAWANG PUTIH

IKLAN

5 Resipi Ayam Goreng Rangup & Separa Berkuah Untuk Pikat Selera Anak. Memang Layan!

BAHAN-BAHAN:

  •  500gm isi dada ayam | hiris memanjang
  • 3 cawan nestum | kisar kasar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu makan daun ketumbar yang dicincing halus
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:

  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1/2  biji lemon | jus sahaja
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.
  2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk paprika dan daun ketumbar.Kacau rata.
  3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian  gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.
  4. Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
  6. Sementara itu sediakan sos Honey Garlic
  7. Campurkan  semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
  8. Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.

INFO CHEF: Anda sebenarnya, boleh gunakan serbuk roti untuk menggantikan  nestum.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI