Bila nak memilih untuk masak lauk buat keluarga, menu ayam antara yang senang dan cepat disediakan.

Walaupun dengan masakan yang ringkas, anak-anak pasti suka dengan lauk ayam yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

RASA kongsikan lima resipi ayam yang mudah, sedap dan cepat disediakan untuk hidangan sekeluarga.

 

AYAM KICAP CILI PADI

5 Resipi Ayam Yang Mudah, Sedap & Cepat Disediakan 

BAHAN-BAHAN:

500gm ayam | potong kecil & bersihkan
1 sudu makan kicap pekat – beli online di sini
2 sudu makan kicap manis – beli online di sini
1 sudu makan sos tiram – beli online di sini
1 sudu makan pes asam Jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis

BAHAN KISAR:

4 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
12 biji cili padi  (boleh tambah cili kalau nak lagi pedas) – beli online di sini
3 cm halia – beli online di sini
2 batang serai – beli online di sini

Dapatkan Zahraa Alora Tunic Shirt Set 2.0 dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis.
5. Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
5. Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

 

GULAI AYAM CINCANG

5 Resipi Ayam Yang Mudah, Sedap & Cepat Disediakan 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | potong kecil
1 biji tomato | potong empat
10 biji cili padi merah & hijau | buang tangkai – beli online di sini
3 batang serai | titik
1 kiub pati ayam – beli online di sini
1 keping asam gelugur
1 sudu makan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

IKLAN

10 tangkai cili kering | potong & rebus, kemudian tos – beli online di sini
5-6 biji cili padi – beli online di sini
3 inci kunyit hidup – beli online di sini
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 helai daun limau purut | buang urat tengahnya
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan | jika suka

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam. Setelah ayam kecut masukkan air, asam keping, asam jawa dan sedikit air.
3. Biarkan mereneh hingga ayam empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau. Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api. Sedia dihidangkan.

INFO: Jika anda menggunakan ayam kampung ia lebih sedap. Atau jika ingin menggunakan daging juga boleh. Terpulang pada cita rasa.

 

OPOR AYAM KAMPUNG

5 Resipi Ayam Yang Mudah, Sedap & Cepat Disediakan 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih & toskan
3 helai daun salam
2 batang serai | titik
2cm lengkuas
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1250ml air
200ml santan pekat/kotak – beli online di sini
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS:

9 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2cm halia
3cm kunyit hidup | bakar
1cm kencur
2 helai daun limau purut
½ sudu teh lada hitam biji

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut.
2. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk.
4. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa. Sedia dihidangkan.

 

AYAM MASAK KURMA

5 Resipi Ayam Yang Mudah, Sedap & Cepat Disediakan 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14
3 sudu makan rempah kurma – beli online di sini
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1 liter santan segar
Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis)
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat – beli online di sini
2 biji cili merah | belah dua – beli online di sini
1 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

BAHAN HIRISAN:

6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi. Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
2. Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan kentang.
3. Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan. Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
4. Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili. Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.

INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.

IKLAN

 

AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

5 Resipi Ayam Yang Mudah, Sedap & Cepat Disediakan 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | potong kecil, bersih dan tos
1 batang serai | titik
1 helai daun pandan | simpul
2 sudu makan sos ikan
Garam secukup rasa
1 kiub perasa ayam secukup rasa
Sedikit belacan | jika suka
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

5 tangkai cili hijau
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

1. Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak. Keluarkan minyak goreng ayam, tinggal anggaran dua senduk.
3. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga naik bau. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau rata.
4. Tambahkan petai, belacan (jika suka) perasa ayam dan sos ikan.
5. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kecilkan api dan gaul rata. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.

Kredit resipi: Nurul Ateekah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Buat Mee Sendiri Tanpa Mesin, Tetap Menjadi Cantik & Lembut

Ini Caranya Untuk Buat Masala Vadai Sedap Seperti Di Kedai

Teringin Lepat Pisang? Ini Resipi Yang Mudah Untuk Dibuat

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI