Kadang-kadang mulut mesti rasa nak mengunyah walaupun sudah lepas makan makanan berat.

Buat makanan ringan sendiri yang gerenti bebas dari pengawet dan bersih. Boleh ubah mengikut selera kita jika suka lebih pedas atau kurang pedas.

 

POTATO FRITTERS

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

BAHAN-BAHAN:

3 biji kentang | sagat halus – beli online di sini
4 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
3 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live: Danish Cinnamon Cheese

TONTON Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi: Makaroni Ulam Bakar

CARA-CARA:

1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. Sudukan bancuhan dan goreng agak-agak leper. Balik-balikkan dan tunggu sampai masak. Angkat dan toskan guna tisu dapur. Sedap dimakan bersama sos
Info: Boleh tambah bahan kesukaan anda seperti ikan bilis, hirisan isi ketam dan sebagainya.

Kredit resipi: Noraida Durani

 

KUIH GUNTING KARI

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

BAHAN-BAHAN

*4 biji bawang besar – beli online di sini
*2 genggam udang kering – beli online di sini
*3 sudu besar jintan kasar
*3 sudu besar jintan putih – beli online di sini
1kg tepung gandum – beli online di sini
4 sudu besar marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebihkan jika nak lembut sedikit, saya suka keras-keras sikit)
1 sudu besar garam halus
2 genggam daun kari
2 genggam daun sup
2 sudu besar cili kering kisar – beli online di sini
Air secukupnya

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

CARA-CARA:

1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan hingga sebati. Masukkan bahan bertanda *, gaul rata.
2. Masukkan garam, daun sup, daun kari, cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.
3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis, saya suka tebal sedikit.
4. Masak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.
5. Sedia untuk digunting, ikut suka nak gunting macam mana. Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga keemasan
6. Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi: Nurul Fasihah Zamahid

 

HOT & SPICY CHICKEN CHICKPEAS POPIAH

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia – beli online di sini
200gm kacang kuda | rebus
Olive oil
5-6 biji hirisan bawang rose ** – beli online di sini
5-6 ulas parutan bawang putih ** – beli online di sini
Daun kari (banyak) ** – beli online di sini
7 biji hirisan cili padi ** – beli online di sini
250gm mince chicken/ayam hancur
1 sudu kecil serbuk cili *** – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk kari *** – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk perasa ayam ***
Garam (kalau masih belum masin)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Tumis bahan bertanda ** menggunakan olive oil. Selepas itu diikuti bahan bertanda ***
2. Masukkan mince chicken, kacang kuda dan garam. Gaul-gaulkan sehingga sebati semuanya.
3. Sediakan kulit popia. Letakkan inti yang sudah siap ke atas kulit popia. Gulung dengan kemas.
4. Boleh digoreng dengan minyak atau air fryer.

IKLAN

Kredit resipi & gambar: Emy Mellisa Mohd Kasim

 

CEKODOK STICK

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

BAHAN A:

2 cawan air*
1 ketul kiub pati ayam* – beli online di sini
2 sudu besar minyak masak*
1 sudu kecil maggi cukup rasa*
Sedikit serbuk kunyit* – beli online di sini
2 cawan tepung gandum – beli online di sini

BAHAN B (dipotong dadu):

1 batang sosej
1 pokok daun sup
3 tangkai cili kering (dibuang biji) – beli online di sini
2 hiris lobak merah – beli online di sini
2 biji bawang merah – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Masukkan bahan A yang bertanda (*) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau dengan senduk kayu. Apabila nampak adunan berketul-ketul, tutup api.
3. Sambung kacau lagi sehingga adunan jadi doh (ala-ala macam nak buat creampuff). Keluarkan doh cekodok tadi, masukkan dalam bekas lain.
4. Gaul dengan bahan B yang didadu. Gaul sebati (agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je. Doh dah suam-suam, boleh pegang dengan tangan boleh uli sekejap nak bagi bahan-bahan dadu masuk dalam doh je.
5. Bulat-bulatkan doh kepada 3 bahagian (nak buat bentuk 4 segi pun boleh). Sediakan alas untuk nak gelek adunan dan sekeping plastik untuk alas bahagian atas doh.
6. Ambil seketul doh, lapik plastik atas doh, gelek sehingga leper tapi jangan nipis sangat. Potong dan kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segi empat.
7. Potong memanjang, kemudian gentel @ gelek dengan kedua-dua belah jari, sehingga jadi macam keropok lekor. Ulang sehingga doh habis.
8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Apabila minyak dah betul-betul panas, goreng sehingga masak. Toskan minyak, sedia untuk dimakan.

Kredit resipi: Azni Achik

IKLAN

 

KEREPEK BAWANG

5 Menu Snek Ringan, Gerenti Bebas Dari Pengawet 

BAHAN DOH BAWANG:

500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DOH MARJERIN:

500gm tepung gandum
180gm marjerin – beli online di sini
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya

CARA-CARA:

1. Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
2. Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
3. Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
4. Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi.
6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis. Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
7. Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

*Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap!

Mesti Cuba Resipi Kuih Lompat Tikam! Simple Tapi Tetap Sedap

Rahsia Nasi Lemak Sedap & Tahan Lama, Wanita Ini Kongsi Resipi Arwah Mak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI