Mencari kudapan atau menu menarik untuk minum petang bersama keluarga? Boleh cuba lima resipi menarik dan mudah saja untuk buat.

Pastinya anak-anak suka dengan hidangan hasil daripada resipi Aleen Julia ALeen Aireish ini.

 

RESIPI JEJARI KENTANG CHEESE

5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

500gm kentang
1 cawan tepung jagung – beli online di sini
1 sudu makan susu tepung
5 keping cheddar cheese | dipotong-potong kecil
Garam halus
Daun bawang & sup | dihiris halus

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Buang kulit kentang. Kemudian, kukus hingga masak. Lenyek hingga halus, biarkan suam-suam dulu.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain, gaul sebati jadi seperti doh.
3. Ikut suka nak buat bentuk apa, jejari ke bulat ke, terpulang. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
*Sedap dimakan bersama dengan cili, mayonis ataupun cili kicap.

 

RESIPI BABY HORNS

5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

Roti loaf secukupnya
Bancuhan tepung (untuk gam)
Telur | dipukul
Bread crumb warna oren

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Buang tepi roti yang coklat tu. Gelek dengan rolling pin hingga roti menipis supaya tak serap minyak semasa menggoreng nanti.
2. Potong/gunting roti bentuk segi tiga, gulung bentuk kon sapu gam di akhir gulungan, pastikan elok melekat.
3. Celup dalam telur, golek merata dengan bread crumb. Panaskan minyak, goreng hingga cantik kekuningan. Angkat, toskan minyak.

UNTUK INTI YANG SANGAT JUICY:

1 tin prego carbonara
1 sudu buttercup/margerine
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 mangkuk kecil isi ayam
3 keping cheddar cheese

IKLAN

CARANYA:

1. Dalam kuali, panaskan butter/margerine hingga cair, tumis bawang hingga layu, masukkan isi ayam, masak sebentar.
2. Masukkan 1 tin prego carbonara, cheddar cheese. Masak sebentar, inti dah mesra, tutup api.
*saya memang tak letak apa-apa perasa sebab prego tu dah ada rasa, dah sedap. Kalau nak rasa pedas-pedas, anda tumbuk la lada hitam, campur dalam inti. Siap.

HIASAN:

Salad
Hirisan tomato

CARA SETERUSNYA:

Ambil 1 kon, sumbat/isikan inti sampai atas. Letak salad dan tomato. Sedia dihidangkan.

 

RESIPI JEMPUT-JEMPUT CAULIFLOWER

5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

Suku cauliflower | diracik
2 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecil ikan bilis
4 biji cili api
1 biji bawang | dimayang halus
Sedikit daun bawang & daun sup
1 cawan air panas
1/2 cawan air biasa
Garam halus secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:

1. Bersihkan cauliflower, racik halus. Tumbuk lumat ikan bilis bersama dengan cili api.
2. Daun bawang dan daun sup diracik halus.
3. Tepung gandum diayak, masukkan cauliflower, bawang, ikan bilis ditumbuk, hirisan daun bawang dan sup, masukkan air panas cara berselang seli dengan air sejuk sambil diaduk mesra. Air tu ada baki tak guna habis.
4. Panaskan minyak yang secukupnya, pastikan tangan bersih, celup dalam air untuk basahkan tangan supaya adunan tak melekat, boleh jemput-jemput bancuhan guna tangan untuk dapat cucur yang bulat.
5. Goreng hingga warna kekuningan keemasan. Angkat toskan minyak. Sedia dihidang.

IKLAN

 

RESIPI RUJAK CIRENG

5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

*panggilan asal dari seberang “Rujak Cireng”

BAHAN A:

200ml air
2 sudu makan tepung ubi
4 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa

BAHAN B:

2 cawan tepung ubi
1 mangkuk kecil daun sup dan bawang | dicampur [optional]

CARA-CARA:

1. Dalam bekas yang selesa, satukan bahan B, ketepikan.
2. Campurkan semua bahan A bancuh sekata dahulu, masak atas api hingga adunan putih seperti gam.
3. Awas panas, kemudian masukkan secara bertahap ke dalam bahan B tadi, guna senduk gaul merata, jangan diramas, diaduk sahaja pastikan adunan itu tidak tercampur semua dengan tepung ubi, sekadar seperti menyalut ayam dengan tepung goreng ayam. Buat hingga adunan yang dimasak itu habis.
4. Setelah itu, cubit adunan bentukkan dengan cara menekan guna jari, dapat bentuk bulat leper, buat hingga habis
5. Simpan 30 minit dalam peti ais, untuk dapatkan hasil lebih rangup setelah digoreng nanti
6. Panaskan minyak, goreng hingga masak, apabila masak keropok ini timbul dan ringan, angkat dan tos minyak

BAHAN SAMBAL COLEK:

2 biji cabai merah **
3 biji cili api **
1/2 ketul gula melaka **
1 sudu kecil garam **
1 sudu makan gula **
1 biji limau kasturi | perah ambil jus **
1 mangkuk kecil air **
3 sudu makan bancuhan tepung jagung

CARA-CARA:

IKLAN

1. Semua bahan ( ** ) bertanda disatukan dalam pengisar, kisar hancur.
2. Masak sebentar atas api, campurkan sedikit bancuhan tepung ubi. Siap.

 

RESIPI KAYA BALL & NUTELLA BALL

5 Menu Mudah Kudapan Untuk Minum Petang

KAYA BALL PANDAN

3 biji telur size A
250gm self raising flour
125gm buttercup salted
75gm gula kastor
200ml susu cair
2 sudu makan jus pandan
sedikit pewarna hijau

Filling: seri kaya ready made

CARA-CARA:

1. Putar buttercup dengan gula hingga gula larut sebati berkrim, speed perlahan.
2. Masukkan telur satu per satu, sambil tu terus putar adunan tu hingga telur habis.
3. Titiskan pewarna hijau dan masukkan jus pandan, putar lagi bagi rata.
4. Masukkan tepung cara berselang-seli dengan susu cair, mulakan dengan tepung, habis pun dengan tepung, kaup balik dengan spatula sahaja hingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag, senang nak pipekan ke dalam acuan.
6. Masukkan filling kaya ke dalam piping juga. Pleskan/sapu acuan dengan sedikit minyak, panaskan acuan dahulu. Jika guna ketuhar, panaskan acuan dalam ketuhar dahulu sebentar suhu 160C.
*saya guna pan takoyaki je.
7. Pipekan adunan, pipekan juga filling, lepas tu pipe semula adunan untuk tutup filling tadi.
8. Biarkan ball masak cantik, jika guna ketuhar, bakar lebih kurang 20 minit.
9. Jika guna pan takoyaki, tak perlu tunggu lama. Boleh terbalikkan bahagian yang atas tu ke bawah pula sebab pan takoyaki elektrik ni kepanasan dia kuat tak ada kontrol suhu, jadi sekejap je masak.

KAYA BALL NUTELLA:

3 biji telur size A
250gm self raising flour
125gm buttercup salted
75gm gula kastor
200ml susu cair
esen vanila

Filling : Nutella
Cara bancuh & cara semua sama seperti resipi di atas.

*NOTA:
Nak guna tepung gandum pun boleh, sukatan:
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Kredit resipi: Aleen Julia ALeen Aireish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ada Yang Suka Kuih Tradisi, Lepat Ubi Keledek? Jom Buat

Cara Mudah Nak Buat Karipap Telur Gergasi Di Rumah

Resipi Kuih Peneram Rangup, Wanita Ini Kongsi Tip & Petua Cara Buat 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI