Bila beli ayam di pasaraya, kadang-kala servis memotong ayam memerlukan anda menunggu lama lebih-lebih lagi pada hujung minggu, di hari cuti dan juga di musim-musim perayaan. Penat nak menunggu. Silap-silap, ayam anda pun diambil orang. Maklumlah, banyak sangat ayam yang beratur untuk dipotong. Bagi yang nak belajar potong ayam sendiri di rumah, berikut adalah cara-caranya asas yag boleh anda cuba.

BAHAN DIPERLUKAN:

  • Ayam
  • Pisau tajam
  • Papan pemotong

CARA –CARA:

1. Telentangkan ayam dan kelar sedikit pada bahagian pahanya.

2. Balikkan ayam dan potong di bahagian tengah badan diantara paha dan dada ayam.

3. Kepakkan menggunakan tangan bagi mengasingkan bahagian paha dan dada.

4.  Asingkan bahagian dada ayam menjadi dua bahagian dengan memotong melalui sisi leher ke bawah diikuti bahagian paha. Penggunaan pisau tajam bersaiz besar amat diperlukan kerana bahagian ayam yang bertulang.

                

5. Setelah ayam dipotong empat bahagian, anda bolehlah memotong setiap bahagian tersebut  menjadi ketulan yang lebih kecil.

 

INFO:

 1. Guna pisau tajam sewaktu memotong ayam bagi memudahkan ayam dipotong dan juga mengelakkan isi ayam hancur.

Saturday Night Live GIFs - Find & Share on GIPHY

 2. Jika ayam anda bersaiz kecil, sebaiknya dipotong empat atau lapan sahaja.

foto: olgasflavorfactory.com

 3. Jika ayam bersaiz besar, boleh memilih untuk memotong secara empat, lapan atau 12 bahagian.

 4. Bersihkan ayam terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

foto: sarcasm.co

 5. Asingkan ayam dalam beberapa bekas berasingan mengikut jumlah untuk sekali masak. Ia bagi memudahkan proses penyimpanan, defrost serta memasak.

foto: www.leaf.tv

Komen anda