Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan, boleh lah cuba resipi-resipi ni 

1. BEBOLA UBI KELEDEK

5  Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
  3. Sedap dimakan panas.

Kredit resipi & foto: Qasey Honey

2. KUIH GERODAK UBI KELEDEK

5  Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm keledek  (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis)
  • 7 biji telur (gred A)
  • 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang.
  2. Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat.  Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
  3. Pecahkan telur, kacau-kacau  sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
  4. Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan  periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api.  Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: MaDiHaA aka Ratna

3. BERGEDIL KELEDEK

5  Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 6-7 ketul keledek (kentang pon boleh)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit isi ayam/daging
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Kobis-hiris
  • Cili merah-potong bulat
  • Secubit garam
  • Lobak merah-potong dadu
  • 2 biji telur-pecahkan

CARA PENYEDIAAN 

  1. Rebus keledek hingga empuk. Kemudian toskan.
  2. Kemudian lenyek/tumbuk hingga lumat.
  3. Campurkan dengan tepung gandum dan semua bahan-bahan di atas.
  4. Gaul sebati adunan itu.
  5. Bila dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong . Leperkan sedikit.
  6. Bila dah siap, golekkan dalam telur yang dipecahkan tadi.
  7. Sedia untuk digoreng. Goreng hingga garing/masak.
  8. Siap!

INFO: Lebihkan ayam, daging tu atau udang untuk lebih sedap

Kredit resipi & foto: Ryna Hakimi

4. KUIH TALAM UBI KELEDEK

5  Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

 BAHAN-BAHAN (LAPISAN BAWAH)

  • 300 gm keledek merah – rebus dan lecek
  • 75 gm tepung beras
  • 75 gm tepung ubi
  • 150 gm santan kotak
  • 150 gm air
  • 250 gm gula pasir – (guna 200 gm)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
  • Sedikit pewarna kuning

BAHAN-BAHAN (LAPISAN ATAS)

  • 100 gm tepung ubi
  • 200 gm santan pekat
  • 200 gm air
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN (LAPISAN BAWAH)

  1. Kisar semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
  2. Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.

CARA PENYEDIAAN (LAPISAN ATAS)

IKLAN
  1. Kisar semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
  2. Kukus semula selama 10 minit.
  3. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.

Kredit resipi & foto: Azie Kitchen

5. PAI CRUMBLE KELEDEK

5  Kuih Muih & Kudapan Dari Ubi Keledek , Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN (PASTRI PAI)

  • 200 gm tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • 100 gm mentega/margerin
  • 2-3 sudu besar air ais
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung

CARA PENYEDIAAN

  1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan mentega.  Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.

BAHAN-BAHAN (KASTARD)

  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
  2. Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.

CARA MEMASAK PASTRI

IKLAN
  1. Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

BAHAN-BAHAN INTI PAI

  • 150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
  • 50 gm gula perang
  • 1 biji telur
  • 20 gm mentega
  • 60 ml susu segar
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam

BAHAN CRUMBLE

  • 50 gm gula perang
  • 20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
  • 15 gm mentega
  • 3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

CARA PENYEDIAAN

  1. Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
  2. Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
  3. Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
  4. Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.

Kredit resipi & foto: Raihan Shaari

ANDA SEDANG MENCARI  AIR FRYER YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI. BANYAK PILIHAN MENARIK MENANTI.

Selamat mencuba!

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

DAN JUGA RESIPI INI :

Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI