Teringin nak masak kek eh tiba-tiba baru perasan oven rosak pulak . Maklumlah guna oven pun jarang-jarang, mahu tak ‘mogok’ oven tu. Jangan panik, pengukus kan ada.

Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada kek buah , pandan, coklat, brownies apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.

Jom cuba ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi, penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resepi kek kukusnya.

1.KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

Bahan-bahan :
Bahan A :

  • 4 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 100 gm gula kastor
  • ½ sudu kecil garam

Bahan B :

  • 125 gm tepung gandum | diayak
  • 25 gm tepung jagung | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C:

  • 25 ml susu segar
  • 25ml perahan air daun pandan

Bahan D :

  • 35 ml minyak jagung/masak

Bahan untuk topping :

  • 400gm whipping cream/fresh cream
  • 20 gm gula aising
  • 10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
  • Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
4 .Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.

Buat topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

IKLAN

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 15 sm @ 6 inci
Waktu memasak: 15- 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka
Anggaran kos: RM 15

INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.

2.KEK KUKUS MARBLE ZEBRA

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:

  • 8 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 115 gm gula kastor
  • ½ sudu makan ovalet

Bahan B:

  • 130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
  • ½ sudu teh serbuk penaik

 

  • 100gm minyak jagung/masak
  • 25 ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • ½ sudu teh kopi emulco

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.
Anggaran kos: RM 15

IKLAN

INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.

3.KEK KUKUS COKLAT BADAM

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 75 gm gula kastor

Bahan B:

  • 65 gm tepung gandum | diayak
  • 25gm serbuk badam | diayak
  • 15gm serbuk koko | diayak
  • ¼ sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan
  • 50 ml susu segar
  • 25 ml minyak jagung/masak

Bahan topping :

  • 400 gm whipping cream/fresh cream
  • 20 gm gula aising
  • 50 gm Nutella

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
Anggaran kos: RM 20

INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak ke dalam ramuan akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.

4.KEK KUKUS BUAH

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :

  • 310 gm gula kastor
  • 60 gm air panas
  • 250 gm mentega
  • 500 gm buah-buahan campur
  • 1 sudu teh krim tartar
  • 2 sudu teh baking soda

Bahan B:

  • 350 gm tepung gandum | diayak

 

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh oren emulco

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2 .Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
3. Masukkan mentega dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
6.Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 4 jam
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.
Anggaran kos: RM20

INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.

5.BROWNIES KUKUS KEJU

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A :

  • 115 gm putih telur
  • 110 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalet

Bahan B :

  • 80gm tepung gandum | diayak
  • 20gm serbuk koko | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
  • 70 ml minyak jagung/masak
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 4 keping keju cheddar
  • 50 gm cip coklat
  • Sedikit parutan keju | untuk hiasan

CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
Anggaran kos: RM 15

INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari pengukus supaya brownies tidak basah.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI