Ni dia lauk pauk kampung yang mampu mengembalikan nostalgia masakan oleh bonda tercinta di desa. Resipi ever green ni memang mudah dimasak dan menjadi sajian warisan yang rasanya terpahat di ingatan.

Jom masak sendiri lauk pauk ni mudah aje dan boleh diwariskan pada anak-anak nanti.

1. PUCUK PAKU TUMIS CILI DENGAN DAGING


5 Keenakan Lauk Kampung , Mampu Mengembalikan Kerinduan Pada Bonda.
.

BAHAN-BAHAN:

  • Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
  • 100gm hirisan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
  4. Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
  5. Kacau rata hingga pucuk paku layu.
  6. Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.

2. KARI TULANG BERSAMA REBUNG

5 Keenakan Lauk Kampung , Mampu Mengembalikan Kerinduan Pada Bonda.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
  • 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
  • 500ml air rebusan tulang
  • 250ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan sebuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 6 ulas buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulasa bawang putih
  • 4cm halia muda
  • 3 cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
  3. Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
  4. Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
  5. Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
  6. Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
  7. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
  8. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
  9. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
  10. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.

3. KERABU PERUT BERSANTAN

5 Keenakan Lauk Kampung , Mampu Mengembalikan Kerinduan Pada Bonda.
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan santan
  • 2 batang kacang panjang | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
  • 4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
  • 10 biji cili padi hijau | hiris halus
  • 2 biji cili merah hiris
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
  2. Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  4. Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
  5. Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.

4. KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI


5 Keenakan Lauk Kampung , Mampu Mengembalikan Kerinduan Pada Bonda.
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
  • 15 biji cili padi | hriis
  • 15 biji cili merah | hiris
  • 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan tauchu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
  5. Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau rata hingga air kupang kering.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.

5. GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT


5 Keenakan Lauk Kampung , Mampu Mengembalikan Kerinduan Pada Bonda.
.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
  • 2 biji terung bulat | belah empat
  • 500ml santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

BAHAN TUMIS DARAT:

  • 4 biji bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan rempah campur
  • 1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
  2. Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
  3. Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
  5. Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
  6. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
  7. Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
  8. Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
  9. Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.

INGIN MENUMIS DAN MENGGORENG MAKANAN DENGAN AIR FRYER, LAYARINYA DI SINI.

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Yang Setahun Sekali Je Boleh Rasa.

Koleksi Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Sedap & Mudah

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI