5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

Kebanyakkan kita pasti meminati makanan yang berasakan coklat terutamanya kanak-kanak. Rahsia kelazatan pastri dan biskut ini adalah coklat. Kalau anda nak jana pendapatan di bulan puasa ni, Ni dia idea hebat manisan berasaskan coklat yang boleh dibuat untuk jualan.

WOOPY PIE

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega bergaram
  • 200gm gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 260gm tepung serbaguna
  • 60gm serbuk coklat
  • 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 250gm yogurt asli
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan air suam

BAHAN INTI:

  • 250gm krim keju
  • 1 cawan krim putar
  • 4 sudu makan gula kastor

CARA MEMBUAT:
1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C.
4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan.
5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Rasa pai yang berlemak dan sedap dimakan ketika minum petang
Anggaran perbelanjaan: RM40

INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju

5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE

BAHAN-BAHAN (PASTRI):

  • 125gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100gm mentega
  • 3 biji telur

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 2 cawan susu penuh krim
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm mentega

BAHAN GANACHE:

  • 2/3 cawan cip coklat
  • 1/2 cawan krim putar

CARA MEMBUAT:
1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit.
5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Rasa manis inti eclair sesuai digabungkan dengan ganache coklat
Anggaran perbelanjaan: RM45

 

5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

NUTELLA CHEESE TART

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 260gm tepung gandum
  • 250gm mentega asli
  • 70gm gula aising
  • 1 sudu teh garam

BAHAN TOPPING:

  • 226gm krim keju
  • 226gm krim putar
  • 2 sudu makan gula
  • 170gm nutella

CARA MEMBUAT:
1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C.
2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Rasa manis nutella digabungkan dengan kulit tat yang rangup
Anggaran perbelanjaan: RM50

INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.

5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

NUTELLA VOLCANO

BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):

IKLAN
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 130gm gula perang
  • 150gm oat
  • 170gm mentega sejuk

BAHAN INTI:

  • 160gm coklat gelap
  • 80gm krim putar
  • 40gm nutella

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 150gm adunan cake crumb
  • 50gm emping badam

CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Rasa coklat dan nutella yang kuat
Anggaran perbelanjaan: RM40

INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.

5 Idea Manisan Berasaskan Coklat . Laku Keras Jana Pendapatan.

CONGO BARS

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • 250gm gula perang
  • 3 biji telur
  • 310gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 200gm cip coklat

CARA MEMBUAT:
1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Gabungan rasa kek dan brownies yang sedap
Anggaran perbelanjaan: RM30

INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.

The secret ingredient is always CHOCOLATE

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI