Untitled design - 2020-06-05T182455.588

Idea kek kukus kali ini memang cukup istimewa. Tanpa membakar dalam ketuhar kek kekal lembut dan sedap. Malahan kek yang dikukus tanpa oven ini mempunyai tekstur yang lembab ‘moist’ yang cukup enak.

Pastikan periuk pengukus dididihkan terlebih dahulu airnya, dan tutup kek dengan aluminium foil agar tidak menitik di atas kek.Jom semak idea kreatif Norbaini Rahwi yang juga penulis dan pengajar resipi kek.

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

1. KEK KUKUS LOBAK

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 4 biji telur
  • 200gm gula kastor
  • 270gm minyak masak/jagung
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh vanilla essen

Bahan B:

  • 240gm tepung gandum | diayak
  • 2 cawan lobak merah | disagat
  • 1 ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh baking soda

Bahan-bahan untuk filling dan topping:

  • 600gm whipping cream/fresh cream
  • 200gm krim keju

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga sebati
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak sejukkan kek.

Cara-cara pembuatan filling dan topping :
1. Pukul krim keju hingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental.
3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
4. Sapukan krim di setiap lapisan.
5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kelazatannyasama seperti yang dibakar dengan aroma kayu manis yang harum
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Lobak yang disagat hendaklah digoreng kering tanpa minyak supaya lobak kering sedikit dan rasa lebih enak.

2. KEK KUKUS RED VELVET

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 4 biji telur
  • 120gm gula kastor
  • ½ sudu makan ovalete

Bahan B (diayak):

  • 80gm tepung gandum
  • 30gm susu tepung
  • 10gm kopi 3 in 1
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C :

IKLAN
  • 100gm yogurt

Bahan D :

  • 50ml minyak jagung/masak

Bahan E :

  • 1 sudu kecil red velvet emulco
  • Sedikit pewarna merah jika mahu

Bahan-bahan untuk filling dan topping:
600gm whipping cream/fresh cream
200gm krim keju

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Masukkan bahan D, dikacau hingga rata dan akhir sekali masukkan bahan E.
5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk bahagikan/potongkan kepada 3 atau 4 bahagian.

Cara pembuatan topping:
1. Pukul krim keju cheese hingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental.
3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati.
4. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing

Saiz hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kek ini lebih lembab berbanding daripada yang dibakar, enak dengan krim keju
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Tidak perlu menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang. Ini kerana ia akan menyebabkan kek mengecut.

3. BROWNIES KUKUS

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 6 biji telur
  • 220gm gula kastor
  • 1 sudu makan ovalete

Bahan B :

  • 160gm tepung gandum | diayak
  • 50gm serbuk koko | diayak
  • 1 sudu makan nescafe | diayak
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan C:

IKLAN
  • 100ml susu pekat

Bahan D :

  • 100gm dark chocolate compound/cooking chocolate di cairkan

Bahan E :

  • 175gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil vanilla essen

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan brownies kukus :

1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 9 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang.
3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
4. Kemudian masukkan bahan C dan D, gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan E dan esen vanila, dikacau hingga rata.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak sejukkan brownies. Hias ikut citirasa masing-masing. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan : 16 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Brownies kukus mempunyai rasa coklat yang enak dan lembut.
Jenis masakan : Brownies
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Cucuk brownies dengan lidi sate untuk memastikan ia sudah masak, sekiranya masih lagi ada adunan yang masih melekat bermakna brownies belum masak.

4. KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :

  • 8 biji kuning telur
  • 135gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalete

Bahan B :

  • 300gm mentega/marjerin
  • 70gm horlick
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C :
165gm tepung gandum
1½ sudu teh baking powder

Kepingan asam Hwa Flakes secukupnya

CARA MEMASAK :
Carapembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Pukul bahan B hingga putih. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata
4. Kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati.
5. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan warna hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning.
6. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang, kukuskan selama 8 minit. Kemudian ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang dan susunkan asam hwa flakes, ulang langkah melapis sehingga habis.
7. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.

IKLAN

Saiz hidangan : 20 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa masam manis asam menyedapkan lagi kek yang sangat lembut dan lembab ini
Jenis masakan : Keks
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF :Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis di lapisan kek lapis.

5. KEK KUKUS LAPIS COKLAT RICE

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:

  • 8 biji kuning telur
  • 200gm gula kastor
  • 1 sudu makan ovalete

Bahan B :

  • 200gm mentega/marjerin
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak) :

  • 200gm tepung gandum
  • 50gm susu tepung
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan D :

  • 2 sudu teh coklat emulco

*Chocolate Rice secukupnya

CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus :
1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan.
4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D (jadi warna coklat).
7. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ¾ cawan bahagian warna coklat, ratakan di dalam loyang taburkan coklat rice, ulang langkah melapis sehingga habis.
8. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dimakan.

Saiz hidangan : 25 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat dan tekstur yang lembut
Jenis masakan : Kek
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Alaskan loyang dengan kertas atau plastik tahan panas supaya kek mudah dikeluarkan.

 

Nak beli ketuhar dengan harga mampu milik?  Boleh pilih DISINI mengikut bajet anda. Lepas ni boleh cuba buat kek guna oven pula. 

 

 

Kredit Foto & Resipi : Norbaini Rahwi

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI