Ada macam-macam jenis mi. Kali ni RASA nak berikan 4 jenis masakan berasaskan mi yang dimasak daripada mi sanggul, mi kuning, mi segera dan yee mee.

MI SANGGUL SUP KETAM

4 Variasi Masakan Mi Yang Sedap dan Menyelerakan

BAHAN A (tumbuk halus)
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
2 ulas bawang putih

BAHAN B
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji lobak merah (potong nipis)
1/2 cawan kacang pis
Sedikit cendawan (potong kecil)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 cawan air
2 ekor ketam bunga (siang dan bersihkan)
Garam secukup rasa
1 bungkus mi sanggul

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan A dan Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan pati ikan bilis, lobak merah, kacang pis, cendawan dan bawang besar. Masak selama 2 minit.
3. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ketam. Biarkan ketam masak.
4. Masukkan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Matikan api.
5. Celur mi dalam air panas. Toskan.
6. Masukkan mi dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan ketam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.

IKLAN

MI GORENG BASAH

4 Variasi Masakan Mi Yang Sedap dan Menyelerakan

BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.

IKLAN

YEE MEE TOMYAM

4 Variasi Masakan Mi Yang Sedap dan Menyelerakan

BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.

KERABU MAGGI

4 Variasi Masakan Mi Yang Sedap dan Menyelerakan

BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato

BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya

CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI