Kuih Apam merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia.

Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini.

Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.

 

APAM GULA HANGUS

4 Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

190gm gula pasir – beli online di sini
180gm air
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A
10gm mentega atau majerin
100gm minyak masak – beli online di sini
20gm susu pekat manis – beli online di sini
190gm tepung gandum – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat

 

Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
2. Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Dengan menggunakan ‘hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim.
4. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
6. Setelah itu, kukus 15–20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.

 

IKLAN

APAM MEKAR AIS KRIM SODA

4 Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur gred A
290gm gula pasir
1sudu teh ovalete
240gm ais krim soda
300gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink atau pewarna yang disukai

CARA MEMASAK:

1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati. Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
5. Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh. Kukus dengan api besar selama 12 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.

 

APAM PISANG

4 Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

4 biji pisang berangan | potong kecil
3/4 cawan gula (jika suka manis, guna 1 cawan)
2 biji telur gred B
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
½ cawan minyak masak
Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.
2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.
4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Achik Ita Jsd

 

APAM NASI

4 Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

BAHAN KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula

BAHAN AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan (11g)

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan, perap 1 jam. Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
2. Kukus sehingga masak. Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.

Kredit resipi & foto: Nurul Atika Moktar

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!

4 Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Dessert Milo Chocolate Mousse Untuk Minum Petang

Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Sedap, Berbaloi Dicuba!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI