Asal pergi restoran perkara pertama wajib buat bila makanan dah sampai ‘selfie’ dulu atau update kat instagram. Mengaku diri mereka sebagai #foodlover #foodhunter #foodie. Tengok je dekat dalam media sosial, penuh dengan gambar makanan selain daripada gambar travelling, gambar anak anak, dan gambar kucing, dan sebagainya.

Kalau dekat Malaysia ni dari segi makanan dari range paling murah sampai mahal, kita semua ada preference masing masing. Ada orang lebih suka mamak walau macam mana pun, sebab tak cerewet dan harga mampu bayar. Hujung bulan tu kadang-kadang bawa bekal. Kalau paling mewah tu mungkin Tony Roma’s sebulan atau dua bulan sekali je kot?

1. Ikan patin muncung di Temerloh, Pahang (RM280-300 sekilo)

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?

Sebut je Temerloh, ikan patin ni memang makanan paling popular kat sana. Kadang-kadang tu orang dari serata Malaysia sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ikan patin masak tempoyak yang fresh kat sana. Patin pula ada macam macam jenis, yang paling murah adalah patin sangkar yang diternak (dikatakan bau hanyir sebab berkumpul satu tempat je), lepas tu patin sungai, up sikit, patin buah yang harga dia kami check mencecah RM100 sekilo setakat tahun 2012.

 Peminat tegar ikan patin yang pentingkan kualiti bolehlah pergi cuba. Biasanya, ikan patin buah dijual pada harga antara RM90 dan RM200 sekilogram, kalau yang dah masak, harga dalam RM18 hingga RM20 seketul ikut saiz. Tapi yang paling mahal setakat ni kitorang jumpa ialah ikan patin muncung, yang range harga dia mencecah RM280-300 untuk sekilo je. Ni yang belum masak, ok?

“Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah

Nak dijadikan cerita, ikan patin ni jadi makin popular masa tahun 2011. Masa tu ada sekumpulan 56 orang yang pergi makan dekat restoran ikan patin di Temerloh. Sekali masa nak bayar, tergamam terus sebab hidangan patin termasuk air, semua sekali RM13,000. Nak tak nak tu kena bayar la juga. Sorang kena bayar RM240 lebih kurang sebab dah masuk perut, lepas tu baru buat report dan viralkan.

2. Ayam Cemani/Selasih/Ayam Hitam (RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor)

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Ayam Selasih/Cemani yang dimasak perlahan dalam sos kari Thai di Chow Bar, New York. Imej dari nytimes.com

Ayam ni sebenarnya berasal dari Pulau Jawa dan merupakan antara ‘ayam lagenda’ di Indonesia sebab colour dia yang rare, hitam daripada sekecil-kecil rongga sampai seluruh kulit dan tulang sekali. Tak hairan pun ayam ni jadi popular dari Indonesia sampai la seluruh dunia sampai dekat Amerika Syarikat pun ada sebab dikomersialkan.

Siap panggil ayam tu “lamborghini untuk dunia per-ayam-an” lagi sebab nilai harga dekat pasaran tinggi. Contohnya seorang penternak di Florida di Greenfire Farms menjual ayam ni untuk USD2500 seekor, dan USD4,999 untuk sepasang. Dan itu ialah RM11k sehingga RM22k duit Malaysia.

IKLAN
4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Imej: greenfirefarms.com

Seluruh badan hitam ayam ni hitam disebabkan fibromelanosis, iaitu satu keadaan genetik yang menyebabkan hiperpigmentasi. Ayam selasih ni mempunyai hitam bulu, kulit, paruh, kuku, dan daging, sampailah tulang pun. Satu-satunya bahagian ayam yang tidak sepenuhnya hitam adalah darah, tapi kalau nak banding, lebih gelap daripada darah ayam biasa.

Ayam ni punyalah mahal sampai ada yang dijual dengan harga RM17,000 hinggalah RM85,000 seekor, tapi ada juga yang jual dalam lingkungan harga RM450 seekor.

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Contoh harga ayam selasih yang dijual di Malaysia. Imej dari Facebook Ayam Selasih.

3. Me’nate Steak-Wagyu (bergantung kepada bahagian, jenis masakan, berat mengikut gram)

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Imej dari blog Isaac Tan.

Wagyu ni asal dia ialah baka lembu Wagyu di Jepun, dimana ‘Wa’ bermaksude Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu. Lembu Wagyu sebenarnya haiwan yang digunakan dalam bidang pertanian, dan telah dipilih untuk ketahanan fizikal mereka. Wagyu adalah baka lembu bertanduk, biasanya berwarna hitam atau berwarna merah.

Daging wagyu ni mahal sebab daging tu sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiat dia lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa.

IKLAN
4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Imej dari livelifelah123
Bagi peminat steak atau wagyu, memang inilah tempat yang paling sesuai untuk feel sendiri steak yang paling best. Menurut sumber yang kitorang jumpa dekat The Malay Mail, asal nama restoran ni datang daripada perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Encik Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub ni berasal dari Kelantan, jadi dia pun tambah apostrophe kat depan tu jadi Mē natè.

Me’nate Steak Hub pernah viral sebab review pelanggan yang bayar sampai RM9k lebih dalam satu resit. Kalau nak tahu, yang membuatkan steak dorang mahal ialah daging Wagyu tu sendiri, dan juga pemilik kedai tu pernah belajar “Master in Butchering & Culinary” di sebuah kolej swasta dalam masa 11 tahun kat Britain. Dia juga pernah berkhidmat dengan Queen Elizabeth dekat Istana Buckingham, London.

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Imej: Oh Media.

4. Durian Black Thorn (RM60 sekilo) vs Musang King (mencecah RM110 sebiji)

4 Makanan Paling Mahal Kat Malaysia, Kau Mampu?
Imej: vkeong.com

Kalau durian sendiri ialah raja segala buah, jadi  Black Thorn Durian dan Musang King ni kiranya maharaja segala raja buah la?

Durian Black Thorn ni dikatakan durian spesies baru juga, direkodkan lagi popular dari Musang King pada tahun 2015. Selain tu, Black Thorn juga merupakan juara durian pada tahun 2013 dan 2014 dalam pertandingan durian Jabatan Pertanian Malaysia, mengalahkan Durian Musang King dan Durian Raja Kunyit.

IKLAN

Berasal daripada Pulau Pinang, Durian Black Thorn ni sangat mahal sebab isi yang lemak manis dan amat berkrim dan jumlah yang dituai setiap tahun sangat terhad.

Ditambah pula dengan permintaan yang semakin meningkat, harga dia boleh mencecah RM60. Lebih kurang sama mahal macam pesaing dia, Musang King yang dikatakan pernah mencecah RM110 sebiji di Balik Pulau, Pulau Pinang. Nak tahu mana satu yang sedap dan paling berbaloi, tu korang kena cuba sendiri la sebab lain orang lain selera.

Disebabkan kualiti, mahal pun orang akan beli

Sesetengah orang pentingkan kualiti dari kuantiti, dan sebaliknya juga. Contohnya macam makanan yang mahal ni, selalunya sebab sangat jarang untuk dijumpai  dan membuatkan ramai yang akan cari. Macam dalam buku asas ekonomi la, “Where there is demand, there will be supply”. Jadi selagi ada permintaan, selagi tu juga orang akan cari bekalan.

Dalam banyak banyak makanan yang di sebut tadi, tu la antara makanan dekat Malaysia yang kitorang rasa paling mahal. Tapi ada kot antara makanan yang korang masih mampu makan kan? Sesetengah tu memang berbaloi la kalau nak cuba sekali sekala sebab tak salah kan? Tu pun bergantung kepada diri sendiri la, tepuk dada, tanya selera.

 

Sumber: soscili.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI