Sesiapa pengembar popia, ini ada empat jenis popia yang boleh anda buat sendiri di rumah sebab ia senang sesangat membuatnya dan murah je. Dari asyik membeli lebih baik buat sendiri. Tak tahu macam mana nak bua?  Ini admin kongsikan empat jenis resipi popia sekali gus. Pilihlah mana satu yang berkenan atau cuba semua sekali sebab setiap jenis rasanya berlainan.

4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!

POPIA BASAH

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • Secubit garam

Bahan Inti:

  • 1/2 biji kubis  | dihiris halus
  • 2 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak  untuk menumis

Bahan Sambal Sira:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Minyak masak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang tanah | dikisar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  2. Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
  3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  4. Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
  5. Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  6. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  7. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
  8. Seterusnya untuk membuat sos,
  9. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  10. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  11. Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!

IKLAN

POPIA OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia segera
  • 300 gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 helai daun kunyit  | dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 3cm lengkuas
  • 2  biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
  2. Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
  3. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
  4. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  5. Gaul sebati dan ketepikan.
  6. Seterusnya, ambil kulit popia.
  7. Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
  8. Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
  9. Hidangkan ketika ia masih panas.

4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!

POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Kulit popia

  • 2 sudu makan bijan  | disangai
  • ½ biji sengkuang | diparut halus
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • Sedikit kobis  | dihiris halus
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 2 sudu makan taucu  | dikisar kasar
  • Sedikit  tauge | dibuang ekor
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula  secukup rasa

Bahan Sambal:

  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu teh bawnag  putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula atau gula putih

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  3. Ttutup api dan sejukkan.
  4. Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
  5. Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
  6. Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
  7. Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
  8. Tutup api dan taburkan bijan.
  9. Siap untuk dihidangkan.

4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!

IKLAN

POPIA SAYUR GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya
  • 1 batang lobak merah | diparut halus
  • 1 biji sengkuang kecil  | diparut halus
  • 1 mangkuk kubis  | dihiris halus
  • 1 biji bawang besar  | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak

 CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
  4. Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Tutup api dan sejukkan.
  7. Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
  9. Angkat dan toskan minyaknya.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI