Bubur, pemanis pelengkap  hidangan  yang memang digemari ramai, sebab tulah ia menjadi pilihan dessert  di kebanyakan keraian.  Tapi kalau nak makan tak perlu tunggu ada jemputan keraian, boleh je buat sendiri kerana bubur menu yang mudah disediakan ye. Jika anda mahu masak sendiri, anda boleh cuba empat resipi bubur yang mudah dan sedap. Jadi apa tunggu lagi jom cuba bersama-sama.

4 Versi Bubur Yang Senang Buat & Sedap.

BUBUR BARLI DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm barli
  • 200gm keledek yang dipotong dadu
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  2. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang..

4 Versi Bubur Yang Senang Buat & Sedap.

BUBUR JAGUNG DAN KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 tongkol jagung manis | dihiris
  • 100gm kidney beans | rebus hingga empuk
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 400gm air
  • 1 helai daun pandan| simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA  MEMASAK:

  1. Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung, kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus
  2. Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah telah menggeleggak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

4 Versi Bubur Yang Senang Buat & Sedap.

BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI

BAHAN-BAHAN

IKLAN

BEBOLA PULUT:

  • 100gm tepung pulut
  • 50gm kelapa parut
  • 30gm gula merah/melaka
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh tepung jagung

DOH:

  • 1 helai daun pandan
  • 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
  •  1/2 sudu teh garam

KUAH:

  • 250gm santan pekat
  • 100gm gula pasir
  • 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
  • 650ml air untuk merebus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk membuat inti kelapa;  Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam  kuali dan kacau.  Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
  2. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
  3. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
  4. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
  5. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.

4 Versi Bubur Yang Senang Buat & Sedap.

ASAM GUMPAL

BAHAN-BAHAN:

ASAM GUMPAL:

  • 100gm kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 1 liter air

SAGU MATA IKAN:

  • 100gm biji sagu
  • 2 1/2 cawan air suam

KUAH:

  • 250gm santan pekat
  • 2 cm halia yang dihiris halus
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah yang dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
  2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.  Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah  dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi.  Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI