Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat.

Sesuai untuk anda yang sentiasa mengejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik.

 

PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM

4 Idea Masak Sayur Campur Paling Mudah, 10 Minit Dah Siap!

BAHAN-BAHAN:

2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram – beli online di sini
1 biji cili merah | hiris memanjang halus – beli online di sini
2 ulas bawang merah | hiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | titik – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak – beli online di sini

TONTON Sekali Makan Kenyang Sampai Malam| Makan Di Mana

TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.

 

IKLAN

TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR

4 Idea Masak Sayur Campur Paling Mudah, 10 Minit Dah Siap!

BAHAN-BAHAN:

3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato – beli online di sini
½ biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MASAK:

1. Terung dipotong dua kemudian belah empat. Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak. Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
4. Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

IKLAN

TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR

4 Idea Masak Sayur Campur Paling Mudah, 10 Minit Dah Siap!

BAHAN-BAHAN:

10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
½ biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris – beli online di sini
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MASAK:

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
4. Perasakan dengan sos tiram. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

IKLAN

TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING

4 Idea Masak Sayur Campur Paling Mudah, 10 Minit Dah Siap!

BAHAN-BAHAN:

6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
½ biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
3. Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Mudah Buat Apam Paddlepop Gebu, Mesti Anak-Anak Suka 

Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis, Sedap Macam Dekat Kenduri!

Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI