Alamak! Susahnya nak buka penutup botol rempah ni,  bila nak cepat ada je halangannya. Tangan pulak basah  aduhai…. Anda pernah alami situasi sebegini?  Jangan panik mahupun naik angin. Ini empat cara mudah tangani masalah penutup botol ketat.

Celup dalam air panas : Rebus air hingga mendidih kemudian celupkan bahagian penutup botol yang ketat ke dalam air panas untuk seketika.   Kepanasan air mendidih itu  boleh memberi tekanan  udara di dalam botol dan hasilnya penutup botol boleh dibuka dengan mudah.

IKLAN

Guna sarung tangan plastik: Jika anda ada simpanan sarung tangan getah di rumah untuk kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, kerja anda lebih mudah.  Sebabnya sarung tangan plastk sifatnya kasar dan lebih mudah  memberikan tekanan pada penutup botol dan akhirnya anda boleh membuka penutup botol dengan mudah.

Guna pengering rambut: Ini idea lebih kreatif. Udara panas yang dikeluarkan oleh pengering rambut membantu melonggarkan penutup botol, selepas beberapa minit penutup botol boleh dibuan dengan mudah.

IKLAN

Ketuk-ketuk bahagian bawah botol : Jika malas untuk ikut ketiga-tiga cara di atas, cuba ketuk dengaan tapak tangan bahagian bawah botol untuk memberi tekanan pada penutup botol supaya lebih mudah dibuka penutupnya.  Tapi cara ini ambil masa sikit.

IKLAN

Macam mana, senangkan?   Harap dengan perkongsian empat tip membuka penutup  botol ini membantu memudahkan kerja-kerja anda di dapur.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI