Sayur adalah hidangan yang wajib ada dalam menu harian kita. Namun ada juga yang tak gemar makan sayur sebab rasanya yang dikatakan kurang enak. Ishhh…rugi tau tak makan sayur. Kena dengan gaya masakan, memang sedap! Tak percaya? Cuba 3 menu di bawah ni. Pasti anda akan jantuh cinta dengan rasanya!

 

1. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG

3 Resipi Sayur Ringkas Tapi Enak. Nak Masak Pun Sangat Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang sayur keladi | dibersihkan
  • 3 keping asam gelugur
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 batang serai | diketuk

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
  3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan

 

2. ASPARAGUS TUMIS UDANG

3 Resipi Sayur Ringkas Tapi Enak. Nak Masak Pun Sangat Mudah!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang asparagus | dihiris serong
  • 10 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
  • 4 biji cili merah | dikisar halus
  • 1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan  minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
  2. Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
  3. Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
  4. Masak sehingga naik minyak
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian  masukkan asparagus dan gaul rata.
  6. Tutup api dan sedia di hidang.

Info chef:  Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang rangup.

IKLAN

 

3. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG

3 Resipi Sayur Ringkas Tapi Enak. Nak Masak Pun Sangat Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pucuk ubi kayu | dicelur
  • 200gm pati santan
  • 500gm sotong | dihiris
  • 1 batang serai | dititik
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1cm halia | dikisar halus
  • 1cm kunyit hidup | dikisar halus
  • 2 sudu teh ikan bilis  | dikisar halus
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur.  Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
  4. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan. 

Info chef:  Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI