Raya semakin dekat, kemeriahan makin terasa. Pastinya kuih raya menjadi tumpuan. Sama ada buat sendiri atau beli, memang kuih raya menjadi hidangan wajib ada atas meja.

Jom kita buat 3 resipi biskut raya lejen iaitu biskut Arab atau biskut Makmur, biskut tart nenas dan biskut dam.

 

BISKUT ARAB @ MAKMUR

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:

*800gm -1kg tepung gandum (sangai kejap 5 minit) – beli online di sini
*1 ½ cawan gula aising (½ cawan untuk salut) – beli online di sini
*1 cawan susu tepung (½ cawan untuk salut)
*400gm minyak sapi (apa-apa jenama pun okay) – beli online di sini

TONTON Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung Bersama Dynas Mokhtar dan Achong

CARA-CARA:

1. Satukan semua bahan, gaul (jangan lupa asingkan ½ cawan gula dan ½ cawan susu untuk salutan).
2. Uli hingga sebati menjadi doh dan bulat-bulatkan. Bakar api atas bawah 150°C selama 20 minit atau hingga masak.
3. Sejukkan dulu, ingat tu sejukkan dulu dan bolehlah salutkan dengan gula+susu, siap.

p/s: kalau rajin boleh letak inti kacang tumbuk/isi kurma

Kredit resipi: MakUda Intan Intanniah Ismail

 

 

BISKUT TART NANAS

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

IKLAN

BAHAN-BAHAN: (dapat lebih kurang 70 biji)

250gm mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini
300gm tepung gandum
50gm gula kastor – beli online di sini
40gm tepung jagung – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla
Jem nenas ready made

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick

UNTUK SAPUAN:

kuning telur + sedikit air + pewarna kuning

CARA-CARA:

1. Masukkan semua dalam mangkuk besar, gaul sebati hingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam peti ais selama ½ jam.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Kemudian bolehlah terap. Untuk inti nenas, saya sukat guna 1 sudu teh.
3. Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit. Suhu dan masa bergantung pada ketuhar masing-masing.

Resipi asal: Azie Kitchen
Diolah oleh : Fatimah Ghazali

 

IKLAN

 

BISKUT DAM

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:

1 cawan marjerin -beli online di sini
1 cawan gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Serbuk koko (agak-agak sendiri)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Pukul marjerin dan gula ising hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga menjadi doh.

IKLAN

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
3. Bahagikan doh kepada 2, satu bahagian letak serbuk koko yang sudah diayak dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
4. Doh kedua-dua warna dicanai panjang. Lepas dah canai, potong seperti dalam gambar. Nak panjang boleh, nak pendek macam ni pun boleh.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
5. Kemudian, hiris panjang-panjang doh. Susun mengikut warna kuning coklat atau coklat kuning. Ni susunan dia, boleh jadi kuning coklat kuning atau coklat kuning coklat. Ulang untuk tiga lapisan.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
6. Lepas dah siap, balut dengan plastik. Dah siap semua macam ni letak dalam peti ais untuk bagi dia keras, nanti senang nak potong.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap
7. Ni dah potong siap-siap pakai scrapper. Nanti susun je dalam loyang. Sementara tunggu yang dalam ketuhar tu masak, boleh je simpan sementara dalam peti ais semula sebab nanti dia lembik.

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

3 Resipi Biskut Raya Lejen Wajib Ada, Mudah & Sedap

Kredit resipi: Myra Latif

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Masak Sup Ayam Guna Rempah Homemade, Memang Sedap!

Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip

Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI