Rugi kalau tak pandai masak Rendang Ayam Daun Pegaga, Siput Sedut Masak Lemak dan Kari Ayam kerana semua menu sinonim dengan masyarakat Malaysia ini memang tak akan jemu makan. 

Buat sendiri lagi segar masakannya, RASA kongsikan tiga menu tradisi warisan zaman yang dekat di hati kita .

3 Menu Sinonim Tradisi Warisan , Hidangan Dekat Di Hati.
1. RENDANG AYAM DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ayam kampung | potong sederhana
  • 1kg santan
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 helai daun kunyit | hiris
  • 6 batang serai | titik
  • 350gm daun pegaga
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 4cm kunyit hidup
  • 3cm halia
  • 4cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 30 biji cili padi

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ayam dibersihkan kemudian toskan.
  2. Masukkan ayam dalam periuk atau kuali, campurkan dengan separuh bahan kisar.
  3. Gaul rata dan renehkan atas dapur.
  4. Setelah ayam kecut masukkan santan, lebihan bahan kisar dan serai titik, renehkan semula.
  5. Bila ayam empuk masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Apabila kuah hampir pekat dan ayam empuk masukkan kerisik.
  7. Kecilkan api, masukkan daun pegaga dan daun kunyit.
  8. Biarkan mereneh beberapa minit lagi sebelum tutup api.
  9. Rendang Ayam Daun Pegaga sedia dihidangkan.

3 Menu Sinonim Tradisi Warisan , Hidangan Dekat Di Hati.
2. SIPUT SEDUT MASAK LEMAK BATANG KELADI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg siput sedut | cuci bersih
  • 1kg santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 batang serai | ketuk
  • 350gm batang keladi | buang kulit ari
  • 3 helai daun kunyit

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, rebus sekejap siput sendut, angkat dan toskan.
2, Seterusnya dalam periuk lain,celur batang keladi, kemudian masukkan dalam tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Ketepikan
3. Masukkan bahan kisar, serai titik daun kunyit dan asam keping dalam periuk, tambahkan santan dan renehkan atas dapur.
4. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan siput sendut, batang keladi, gaul rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Tutup api dan Gulai siput sedut sedia dihidangkan.

IKLAN

3 Menu Sinonim Tradisi Warisan , Hidangan Dekat Di Hati.
3. KARI AYAM UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 5 ulas bawang merah | mayang halus
  • 4 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3cm halia | mayang halus
  • 1 tangkai daun karai | lurut dari tangkai
  • 1 biji keledek merah | buang kulit dan potong dadu
  • 200gm yogurt
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan ayam.
4. Apabila ayam empuk masukkan ubi keledek dan sedikit air.
5. Setelah mereneh masukkan yogurt, kacau lagi.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api, kari sedia dihidangkan.

IKLAN

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

ATAU VIDEO MENARIK INI :

https://www.youtube.com/watch?v=OUF9ZOTLH9s

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI