Keledek ada yang warna kuning, ungu dan putih namun khasiatnya adalah sama. Keledek kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan dikatakan antara yang terbaik berbanding keluarga ubi yang lain. Kandungan karbohidrat,Vitamin A, B6, C, Kalium, yang ada dalam sebiji keledek  dikatakan mampu menghalang penyebaran  toksin dan radikal bebas di  dalam tubuh.

RASA berikan tiga resipi manisan berasaskan keledek yang boleh anda cuba dan mendapat khasiatnya.

 

TALAM KELEDEK

3 Jenis Kuih dan Manisan Berasaskan Keledek Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

IKLAN
  • 500 gram keledek ungu | kukus
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 liter santan
  • 1 sudu teh garam halus

LAPISAN ATAS:

  • 100 gram tepung beras
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 liter santan dari sebiji kelapa
  • 2sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
  2. Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
  3. Tapiskan ke dalam periuk.
  4. Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
  5. Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
  6. Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
  7. Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
  8. Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
  9. Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
  10. Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

 

ONDE-ONDE KELEDEK

IKLAN

3 Jenis Kuih dan Manisan Berasaskan Keledek Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 3  cawan keledek yang telah direbus
  • 2 cawan  tepung pulut
  • 1 ketul gula melaka  | potong dadu kecil
  • 2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  2. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
  4. Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
  5. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
  6. Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
  7. Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
  8. Onde-onde sedia dihidangkan.

 

BUBUR  KELEDEK PELANGI

3 Jenis Kuih dan Manisan Berasaskan Keledek Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
  • 1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
  • 2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 500 ml santan
  • 150 ml susu cair
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
  2. Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
  3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
  4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
  5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
  6. Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
  7. Bubur sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI