Untitled design (24)

Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam dan menu ini sesuai untuk berbuka.

Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.

Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.

1.BEGEDIL AYAM BERKEJU

3 Idea Sajian  Ayam, Chef Mohd Zamri Kongsi Resipi Lazat Berjus.
BAHAN-BAHAN :

Bahan begedil :

  • 100gm isi ayam ayam | dicincang
  • 4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
  • 100gm serbuk keju Parmesan
  • 5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
  • 80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • 50gm tepung gandum
  • 2 biji telur | dipukul sedikit
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan Sos :

  • 80gm tepung keju segera
  • 150ml air panas

CARA MEMASAK:
Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.

IKLAN

Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 50 minit
Cara memasak : Menggoreng
Jenis masakan : Sajian asia fusion
Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan

INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.

2.CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH

3 Idea Sajian  Ayam, Chef Mohd Zamri Kongsi Resipi Lazat Berjus.
BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
  • 50gm daun bayam | direbus hingga masak
  • 60gm zucchini | dipotong nipis
  • 100gm bawang Holland | dicincang
  • 30gm bawang putih | dicincang halus
  • 350gm krim masakan
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada sulah
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Bakar dalam ketuhar
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam

INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.

HONEY LEMON CHICKEN

3 Idea Sajian  Ayam, Chef Mohd Zamri Kongsi Resipi Lazat Berjus.
BAHAN-BAHAN :

IKLAN

Bahan honey lemon :

  • 70gm madu
  • 300gm jus lemon
  • 70gm sos plum
  • 20gm tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Bahan ayam :

  • 4 ketul drumstick ayam
  • 4 keping kepak ayam
  • ½ labu bawang Holland | dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk

Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 45 minit
Cara memasak : Tumis dan Bakar
Jenis masakan : Sajian Asia
Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.

INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.

RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI