Bagi anda yang mengalami masalah lipas, boleh cuba buat perangkap menggunakan bahan-bahan mudah ini. Serangga ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh mengotorkan makanan dan minuman serta mencemarkan kawasan dapur anda. Malah, ada juga kes lipas halus yang masuk ke dalam telinga. Memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika terkena kepada anak-anak yang masih kecil.
Petua di bawah adalah perkongsian dari saudari Nor Hidayah. Beliau mencuba cara ini untuk memerangkap lipas dalam kereta. Berkesan! Lihatlah berapa banyak yang berjaya ditangkap, Anda juga boleh cuba cara ini dengan meletakkannya di dalam almari kabinet dapur anda. Selamat mencuba!
PERANGKAP LIPAS 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak terpakai (yang dah guna)
- Susu pekat manis
- Marjerin
CARA-CARA:
- Sukatan bahan-bahan diatas ikut suka sahaja.
- Letakkan dalam bekas dan gaul hingga sebati.
- Biarkan semalaman di dalam kereta ( atau almari kabinet dapur).
- Lihat hasilnya pada keesokan paginya. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mentega Dihasilkan Sendiri Sedap & Halal
Mencari mentega pastikan ada logo halal. Ada juga mentega yang tidak halal di pasaran, jadi haruslah perhatikan tanda halal pada mentega yang anda beli. Mentega banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!
Mentega juga boleh dihasilkan sendiri di rumah? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
- 250ml whipped cream/thickened cream/heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s
Mixer - Ais sejuk campur air batu
- Garam
- Parsley flake – option
- Bawang putih – option
CARA-CARA:
1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.
2.Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy.
3. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
4.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehingga air yang dituang tadi menjadi hampir jernih. Selepas ini barulah kita boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.
TIP:
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.
Nota:
Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah dicincang, sedikit garam dan parsley flake.
Resipi perkongsian dari rapidahramli.blogspot.com
Jom shopping peralatan memasak yang baru. Boleh Klik sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Perbezaan Soda Bikarbonat, Baking Powder, Baking Soda & Fungsi Dalam Pembuatan Biskut & Kek
Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
3. BAKING SODA
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
Cara Buat Kerepek Kentang Rangup Krukkk, Tak Risau Lemau.
Alahai sedap dan rangupnya kerepek kentang, macam terliur, nak beli banyak sangat perasanya kadang-kadang masin, dah tentu tak sihat untuk kesihatan. Apa kata korang cuba buat sendiri secara homemade, barulah hasilnya menjadi seperti diharapkan. Paling penting ia lebih bersih dan sihat. Lagi pun ia tidak susah mana, cuma rajin atau tidak je. Nak tahu, ini tipnya:-
Kentang Dihiris Nipis
Rahsia kerepek kentang rangup dan sedap bergantung cara korang menghirisnya. Sekarang sudah banyak alat atau parut yang boleh digunakan untuk menghiris kentang nipis-nipis, harganya juga murah. Lebih berbaloi dan cepat. Senang je kan.
Rendam Kentang Dalam Air Sejuk
Kalau korang nak tahu kentang tinggi kadungan gula, oleh itu jika ingin membuat kerepek yang rangup, korang perlu kurangkan kadar gulanya dengan cara merendam kentang dalam air sejuk. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kentang menjadi lebam selepas digoreng.
Toskan Kentang
Selepas direndam, kentang perlu dikeringkan, tujuan supaya air dalam kentang boleh dikurangkan. Cara letakkan kentang di atas tisu dapur kemudian tutupnya atau tekap dengan tisu dapur yang lain di atasnya. Dengan cara ini tisu boleh serap air dari kentang tadi.
Goreng Minyak Banyak
Goreng hirisan kentang sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak, jangan sekali gus. Pastikan api pada mulanya sederhana, perlahan-lahan kuatkan api Ia bertujuan supaya tidak hangus dan masak serta garing sekata semasa digoreng.
Toskan Minyak Selepas Digoreng
Sebaik diangkat, toskan minyak pada kentang goreng dengan meletakkan di atas penapis atau letakkan di atas tisu dapur yang menyerap minyak.
Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Apabila sejuk simpannya dalam bekas kedap udara, supaya tidak mudah lemau. Senang je kan, Korang boleh cuba ni.