Ubah figura sandwich apa salahnya kan, kalau selalu kita tengok bentuknya empat atau tiga segi, kali ini apa kata kita gulungnya. Mungkin boleh tarik perhatian selera anak-anak, cara buat pun tak susah. Sesuai ni untuk sahur ringkas si bujang. Macam mana nak buat, macam biasa resipi disertakan di sini.

SANDWICH ROLL
BAHAN-BAHAN:
INTI TELUR MAYO:
3 biji telur rebus
1 biji tomato | potong dadu kecil
Sedikit serbuk lada
Mayones secukupnya
INTI SARDIN MAYO:
1 tin kecil sardin | buah sosnya
Mayones secukupnya
1 biji tomato sederhana | potong dadu
1/2 biji bawang besar | potong dadu
1/2 biji lemon | perah jusnya
BAHAN TAMBAHAN:
Roti putih & wholemeal secukupnya
Crabstick secukupnya | rebus
Daun salad secukupnya | cuci bersih dan tos
Sos manyones, sos keju & Sos cili.

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Untuk inti telur mayo, lenyek telur dan gaul kesesmua bahan hingga rata. Ketepikan.
  2. Untuk inti sardin mayo, hancurkan sardin, kemudian gaulkan dengan semua bahan lain, perahkan jus lemon untuk rasa masa sedikit. Jika mahu rasa pedas boleh tambah sedikit hirisan halus cili ( ikut selera).
  3. Lenyekkan kedua-dua jenis roti.
  4. Isikan inti telur mayo di atasnya dan ratakan di hujung roti. Letakkan crabstick atas intik tadi dan lapiskan dengan daun salad di atasnya.
  5. Gulung roti. Lakukan cara yang sama untuk kedua-dua roti dan inti hingga habis.
  6. Akhir sekali paipkan dengan sos pilihan ada ke atas sandwich roll yang sudah siap.
  7. Sedia dihidangkan

kredit: fidzah saad

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI