Dua masakan ini adalah antara menu wajib yang akan di masak di bulan puasa. Masakan yang disediakan oleh Fikree adalah Daging Masak Kicap dan Pajeri Nanas. Selain ia sedap dan mudah disediakan, masakan ini kaya protein dan gula, ia sangat baik sebagai sumber tenaga tambahan sepanjang berpuasa. Selamat mencuba!

2 Resipi Ni Antara Menu Wajib Chef Fikree Di Bulan Puasa. Sedap Dan Mengiurkan!

DAGING KICAP PEDAS

2 Resipi Ni Antara Menu Wajib Chef Fikree Di Bulan Puasa. Sedap Dan Mengiurkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gm daging batang pinang | hiris nipis dan bersihkan
    1/4 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu the serbuk jintan putih
  • 2 sudu makan pes  cili kering
  • Sedikit air asam Jawa
    1 labu bawang besar | hiris
  • 2 batang serai | titik
  • Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
    Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN KISAR

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing sedikit. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata. Masukkan sedikit air dulu, biar daging mesra dengan kicap dan empuk.
  4. Masukkan pula air asam Jawa dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi. Tambahkan pula garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu sekejap dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh sahaja daging direbus dahulu, kemudian hiris nipis sebelum dimasak kicap.

 

IKLAN

 

PAJERI NANAS

2 Resipi Ni Antara Menu Wajib Chef Fikree Di Bulan Puasa. Sedap Dan Mengiurkan!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 biji nanas saiz kecil | hiris bulat
    500ml santan pekat
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ulas bawang merah | kisar
    2 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk. Setelah mendidih celur nanas seketika.
  2. Angkat dan toskannya.
  3. Sementara itu, panaskan minyak tumis rempah penumis hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  6. Akhir sekali masukkan nanas dan santan pekat.
  7. Biarkan mereneh seketika, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api, biarkan kuah pajeri pekat dan timbul minyak baru tutup api.
  9. Pajeri sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika ingin pedas boleh tambah sedikit pes cili kisar.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI