Masak singgang antara menu yang sangat sinonim dengan masyarakat nusantara. Cuma nama dan bahan digunakan sedikit berbeza tapi rasa hampir sama. Di Malaysia sendiri ada bermacam versi singgang, apa yang penting ia kena dengan selera anda. Berikut dikongsikan dua jenis singgang, satu singgang ikan dan satu singgang sotong.

2 Menu Singgang Paling Simple, Sedap & Mudah.

IKAN KEMBUNG SINGGANG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | bersihkan dan tos.
3 biji kacang bendi | buang pangkal dan hujungnya
2 batang serai | titik
5 biji cili padi | hiris
3 tangkai daun kesum
3-4 hirisan lengkuas | titik
4-5 keping hirisan kunyit hidup
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
  2. Renehkan atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh, masukkan asam gelugor, hirisan cili, serai dan lengkuas titik.
  4. Seterusnya masukkan pula ikan.
  5. Apabila ikan masak,masukkan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sebelum tutup api, masukkan kacang bendi, seketika kemudian tutup api.
  7. Ikan Kembung Singgang Kunyit sedia dihidangkan.

INFO: Anda boleh pelbagaikan isian ikan, tidak semestinya ikan kembung.

IKLAN

2 Menu Singgang Paling Simple, Sedap & Mudah.

IKLAN

SOTONG SINGGANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kulit ari dan dakwatnya
3 batang serai | titik
3 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | belah 4 jika suka
1 biji cili merah | hiris serong besar
1 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Toskan sotong yang telah dibersihkan.
  2. Masukkan air dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
  3. Setelah mereneh masukkan asam gelugor dan jus limau nipis.
  4. Seterusnya masukkan sotong, jangan terlalu. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api dan Sotong Singgang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI