Hujung minggu dah tiba! Pasti anda tercari-cari emnu best untuk disajikan buat anak-anak dan suami kan? Bagi yang inginkan kelainan, cubalah menu Beef Wellington dan Ayam Lemon ni. Sedap!

 1. BEEF WELLINGTON

2 Menu Ala Mat Salleh Wajib Cuba Hujung Minggu Ni. Mudah, Enak & Lain Dari Biasa.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging |bahagian tulang belakang
  • 2-3 helai daun kubis Cina |distim
  • 2 ½ keping roti canai segera
  • 300gm cendawan Portobello |kisar kering
  • 1 biji telur |pukul
  • Sedikit English mustard
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
  2. Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  5. Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut.  Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
  6. Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera  untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
  7. Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.

Info Chef:- Boleh juga gunakan paf pastri segera sebagai balutan kulit luar.

IKLAN

 

2. AYAM LEMON

IKLAN

2 Menu Ala Mat Salleh Wajib Cuba Hujung Minggu Ni. Mudah, Enak & Lain Dari Biasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul paha ayam
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu teh Rosemary kering
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI