1. NASI KUKUS KISMIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang serai         | titik
  • 4cm halia             |mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Kismis secukupnya

 

Cara memasak:

1.    Rendam beras sejam. Toskan.

2.    Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.

3.    Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.

4.    Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.

5.    Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.

6.    Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.

 

 

2. NASI BEREMPAH KAMBING

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal)     | potong sederhana kecil dan rebus empuk
  • 4 cawan beras basmathi                         | basuh dan toskan
  • 3 cawan air rebusan daging kambing
  • 1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
  • 3 sudu makan minyak sapi/mentega
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu makan kismis
  • 1 biji bawang besar                         | dadu kecil
  • 4 ulas bawang putih                         | cincang kasar
  • Garam secukupnya
  • Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
  • Daun pudina secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.

2.    Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.

3.    Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.

4.    Masukkan beras ke dalam periuk.  Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.

5.    Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi.  Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.

6.    Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.

 

 

3. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi             | rendam 10 minit dan toskan
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu cair
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 biji bawang besar             |mayang halus
  • 3 ulas bawang putih             |kisar
  • 2cm halia                     |kisar
  • 2cm kunyit hidup                 | kisar
  • 1 batang serai                 | ketuk
  • 2 helai daun pandan             | siat & simpul
  • Garam secukup rasa
  • Air ros secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

 

BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);

  • 1 ekor ayam                 |belah empat
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tomato puri
  • 1 biji bawang besar             | kisar
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

 

1.    Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.

2.    Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.

3.    Didihkan hingga nasi tanak.  Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.

4.    Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman.  Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak.  Hidangkan bersama nasi tadi.

 

Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.

 

 

4. NASI DAGING YEMEN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging                | potong kiub besar
  • 4 cawan beras basmathi             | basuh dan toskan
  • 2 biji bawang besar             | mayang halus
  • 4 cawan air rebusan daging    
  • 3 sudu makan mentega/minyak sapi
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh air rendaman safron
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 2 helai daun bay leaf
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam dan gula perang secukupnya
  • Bawang goreng dan kismis secukupnya
  • Air secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas bawang putih         | kisar
  • 3cm halia                 |kisar

 

 

CARA MEMASAK:

 

1.    Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.

2.    Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.  

3.    Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.

4.    Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.

5.    Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi.  Kacau sebati.

6.    Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.

7.    Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.

 

 

5. NASI HALIA SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmathi     | rendam sejam dan toskan
  • 3 cawan air
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 6 batang serai         |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
  • 4cm halia muda         | mayang halus
  • 1 labu bawang besar     |kisar halus
  • 4 ulas bawang putih     |kisar halus
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.

2.    Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.

3.    Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

4.    Masukkan beras dan air.

5.    Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.

6.    Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.

 

Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.

 

 

6. NASI IKAN MINYAK SAPI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi             |rendam dan toskan
  • 2 keping isi ikan merah            |potong dadu
  • 3 cawan susu cair
  • ½  cawan air
  • 2 helai daun pandan            | siat dan simpul
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan marjerin
  • Tepung jagung secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukupnya

 

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 5 biji bawang merah             | mayang halus
  • 3 ulas bawang putih             |mayang halus
  • 3cm halia muda                 |mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

1.    Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.

2.    Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.  

3.    Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.

4.    Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.

5.    Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.

6.    Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.

 

Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.

 

 

7. NASI KAPITAN TANJUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras                  | basuh dan toskan
  • 2 cawan air
  • 1 ½  cawan susu cair
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2-3 sudu makan minyak sapi
  • 1 helai daun pandan             | siat & simpul
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 

BAHAN-BAHAN C (TUMIS):

  • 4 ulas bawang merah             | mayang halus
  • 2 ulas bawang putih             | mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.  

2.    Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.

3.    Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.

4.    Didihkan hingga nasi masak.  Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.

5.    Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.

 

Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.

 

 

8. NASI KARI HIJAU THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan air rebusan sayur/ayam
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan pes kari hijau Thai
  • 1 labu bawang besar             | mayang halus
  • 2 helai daun pandan             |siat & simpul
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak jagung di dalam kuali lalu tumis bawang besar hingga agak perang.

2.    Masukkan pes kari hijau thai berserta sesudu makan air, tumis hingga pes masak dan tutup api.

3.    Di dalam periuk, masukkan beras, susu cair, air rebusan sayur/ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

4.    Tuangkan pes kari hijau Thai yang telah ditumis tadi ke dalam periuk.  Kacau rata dan didihkan hingga nasi masak.

 

Info chef: Hidangkan bersama pelbagai lauk kegemaran.

 

 

9. NASI KERABU PELBAGAI ULAM

BAHAN-BAHAN NASI:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

 

*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:

 (KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)

  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun lengkuas
  • 1 helai daun kunyit
  • 3sm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 3cm halia

 

BAHAN-BAHAN ULAM:

  • Daun pegaga
  • Daun selom
  • Daun Selasih
  • Ulam Raja
  • Kacang Botol/Kacang Panjang
  • Tauge
  • Kubis
  • Cili merah

 

CARA MEMASAK:

1.    Satukan semua bahan di dalam periuk.

2.    Masak hingga tanak.

3.    Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.

4.    Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.

5.    Sedia dihidangkan.

 

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.

 

 

10. NASI KETUMBAR KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
  • ¼ cawan badam                 |panggang dan kisar halus
  • 1 labu bawang besar             | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih             | mayang halus
  • Garam dan gula perang secukupnya
  • Daun pudina secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – simpul

 

CARA MEMASAK:

1.    Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.

2.    Masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis lagi hingga bawang kekuningan.

3.    Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.  

4.    Tambah garam dan gula perang secukupnya.  Didihkan hingga nasi masak.

5.    Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.

 

Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma:  6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.

 

 

11. NASI KOSHARY RINGKAS

BAHAN-BAHAN A:

  • 4 cawan beras basmathi              | basuh dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam/daging
  • ½ cawan tomato puri
  • ½  cawan kacang dhal             | rebus hingga empuk
  • 1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
  • Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 4 ulas bawang merah             |mayang halus
  • 2 ulas bawang putih             | mayang halus
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

 

CARA MEMASAK:

 

1.    Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.

2.    Masukkan beras, tomato puri  dan air rebusan ayam/daging.

3.    Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.

4.    Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.

5.    Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.

 

Info chef: Jika suka, boleh juga ditambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih.

 

 

12. NASI KUNYIT HALBA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh halba
  • 1 batang serai             |titik
  • 3cm halia                 | mayang halus
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.    Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam.  Toskan.

2.    Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.

3.    Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.

4.    Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.

5.    Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.

 

 

13. NASI PERANG JAGUNG MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras perang             | basuh dan toskan
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • ½ cawan jagung (dalam tin)
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 labu bawang besar             | mayang halus
  • 3sm halia                     | mayang halus
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sehelai daun pandan             | siat & simpul
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.

2.    Masukkan daun pandan dan beras.

3.    Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.

4.    Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.

5.    Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.

 

Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.

 

 

14. NASI TUMIS BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi                  | basuh dan tos
  • 3 cawan santan pekat
  • ½  cawan air
  • 1 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang merah                 | mayang halus
  • 3 ulas bawang putih                 | mayang halus
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3cm halia                        | mayang halus
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.

2.    Masukkan beras dan goreng beberapa minit.

3.    Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.

4.    Tanak beras hingga masak.  Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.

5.    Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.

 

 

15. NASI TURKI KAMBING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi             | basuh & toskan
  • 2 cawan air rebusan daging kambing
  • 2 cawan susu cair
  • 300gm daging kambing            | potong dadu sederhana & rebus empuk
  • 2 biji ubi kentang                 |belah empat
  • 2 biji tomato                 | potong bulat
  • 1 batang lobak merah             |potong bulat
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Kismis & bawang goreng            | untuk hiasan
  • 2 – 3 biji telur rebus             | pilihan

 

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 sudu teh jintan putih

 

BAHAN-BAHAN C:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.

2.    Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.

3.    Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.  

4.    Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.

5.    Angkat dan sedia dinikmati

 

 

Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.