Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak bila tiba hari cuti hujung minggu. Tak naklah berulang memasak juadah yang sama seperti hari biasa. Sesekali teringin juga masak sesuatu yang istimewa. Nah, 10 resipi citarasa Mat Salleh yang boleh anda masak secara homemade. Jangan risau, semuanya ringkas dan mudah disediakan. Paling penting, rasanya dijamin lazat! Selamat mencuba.

1. SHEPERD PIE DAGING 

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
  • 100gm  daging tetel lembu |dipotong kecil
  • 5-6 biji  kentang russet |direbus empuk
  • 2 biji bawang besar |dicincang
  • 3 ulas bawang putih  | dicincang
  • 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
  • 1/2 kiub stok daging lembu |mengikut cita rasa
  • 1 batang lobak merah |potong sebesar 2.5cm
  • 2 batang seleri |potong sebesar 2.5cm
  • 6-7 biji cendawan butang segar |dihiris kasar
  • 2 helai daun bay
  • Sedikit herba rosemary dan thyme
  • 2 sudu teh sos Lea & Perrins
  • Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
  • 180ml susu segar
  • 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
  • 100gm mentega  ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Lada hitam dan garam mengikut cita rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
  2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri,  cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
  4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan. 
  5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit. 
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.

2. LASAGNA

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
  • 650gm daging kisar
  • 2 batang seleri |panggang dan dikisar
  • 2 biji tomato |panggang dan dikisar
  • 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
  • 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 6-7 biji cendawan butang
  • 500ml air

BAHAN HERBA:

  • 2 sudu kecil oregano
  • 2 sudu kecil paprika
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu kecik thyme
  • Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
  • 125ml susu cair (evaporated)
  • 2 sudu makan serbuk keju parmesan
  • 1 kiub stok daging
  • 100gm mentega
  • 2-3 sudu makan minyak zaitun

BAHAN UNTUK SOS KEJU:

  • 60gm tepung gandum
  • 375ml susu cair segar
  • 100gm mentega
  • 7 keping kepingan keju cheddar
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
  3.  Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan. 
  6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan. 
  7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas. 
  8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan. 
  9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
  10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan. 
  11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas. 

Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.

3. AYAM PANGGANG KETUHAR 

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang seleri  |potong empat
  • 1 sudu teh herba thyme
  • 1 sudu teh rosemary
  • 1 biji bawang besar  |belah dua
  • Beberapa tangkai daun parsli
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos Lea & Perrins 
  • 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
  • 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos) 
  •  Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam. 
  2. Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing. 
  4. Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
  5. Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay. 
  6. Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda. 
  7.  Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
  8. Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.

Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.

4. AGLIO E OLIO

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN- BAHAN:

  • 70gm spageti |rebus dan toskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
  • 4-5 ekor udang | buang kulit
  • 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
  • 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
  • 1 sudu teh herba cajun
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 4 biji buah zaitun hitam jeruk
  • 1 sudu teh ikan bilis
  • Lada hitam dan garam secukupnya
  • Sedikit air untuk melembapkan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air. 
  2. Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
  3. Hidangkan dengan serbuk keju parmesan  dan lemon jika suka.
  4.  Sedia dihidangkan.

Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus. 

5. CHICKEN ROULADE

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN – BAHAN:

  • 1 keping  dada ayam
  • 50gm serbuk roti
  • Tali untuk mengikat

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan madu
  • 2 tangkai herba thymes
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN SOS:

  • 2 ulas bawang merah | dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 helai daun bay
  • 3 sudu makan mentega
  • 300ml susu
  • 3 keping keju cheddar
  • 1 sudu teh keju parmesan
  • 2 sudu makan roux
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketuk dada ayam bagi menipiskan dan memudahkan proses menggulung dan mengikat. Lumur bahan perapan dan biarkan seketika.
  2. Letakkan serbuk roti pada ayam dan gulung ayam dengan kemas. Ikat dada ayam supaya serbuk roti tidak keluar.
  3. Bakar ayam dengan suhu 180C selama 30 minit.
  4. Untuk menghasilkan sos, cairkan mentega dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan susu dan daun bay.
  6. Setelah sedikit mendidih, masukkan  keju cheddar dan parmesan.
  7.  Pekatkan sos dengan sedikit roux dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
  8. Sedia dihidangkan bersama ayam tadi.

Info chef: Roux adalah campuran mentega cair dan tepung yang dipanaskan sehingga menjadi bahan pemekat.

 6. AYAM PANGGANG MADU 

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ayam | dibersihkan

BAHAN PERAPAN:

  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 tangkai daun thymes
  • 1 tangkai rosemary
  • Sedikit oregano
  • 1sudu teh serbuk paprika
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji jus lemon
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS MADU LEMON:

  • 3 sudu makan minyak jagung
  • 2 sudu makan madu
  • 1 biji jus lemon

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang 1/2 hari.
  2. Panggang ayam dengan api yang perlahan lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan jadikan seperti vinaigrette.
  4. Hidangkan bersama ayam panggang madu tadi.

Info chef: Sebaiknya guna ayam bahagian paha kerana ia cepat masak dan lebih berjus

 7. AYAM STEW TOMATO SAYURAN 

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm isi ayam | dipotong kiub
  • 50gm lobak merah | dipotong kiub
  • 50gm epal hijau | dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar Holland | dipotong kiub
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/3 sudu teh herba thyme
  • 5 biji cendawan butang
  • 1 biji tomato | dipotong kiub
  • 3 sudu makan puri tomato
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar Holland dan bawang putih. Setelah naik bau masukkan puri tomato.
  2. Kemudian masukkan lobak merah, epal hijau, cendawan, tomato dan herba thyme.
  3. Masukkan sedikit air dan tambahkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam masak.
  4. Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Boleh dimakan bersama roti atau nasi.

8. SALMON GRIL BERSAMA SOS MENTEGA LEMON 

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping stik salmon

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • Herba dill dan thyme secukupnya
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 250gm mentega
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • Sedikit herba thyme
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan salmon dan perap dengan bahan perapan selama 20 minit.  
  2. Gril salmon lebih kurang 15 minit sehingga ikan masak.
  3. Bagi menghasilkan sos, panaskan mentega dengan api perlahan.
  4. Masukkan herba dan jus perahan lemon. Kacau sebati.
  5. Padamkan api dan perasakan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama salmon.

Info chef: Gril ikan pada bahagian kulit terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang garing

IKLAN

9. UDANG BAKAR KEJU

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang segar
  • 100gm keju mozzarella
  • 50gm keju cheddar
  • 50gm keju parmesan

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Herba thyme secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
  2. Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
  3. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.  

Info chef: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.

 

10. KETAM SUMBAT BAKAR

10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ketam | kukus dan ambil isi. Kulitnya disimpan 
  • 1 labu bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 1/2  biji tomato | potong dadu
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 2 tangkai daun parsley | cincang halus
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sudu besar serbuk roti
  • 1 sudu teh keju parmesan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Sedikit minyak carotino untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2.  Kemudian masukkan tomato, isi ketam, daun parsli, serbuk lada hitam, garam dan santan.
  3.  Kacau sebati  sehingga agak kering.  Tutupkan api.
  4.  Masukkan isi ketam itu ke dalam cengkerang ketam tadi sehingga penuh.
  5.  Satukan serbuk keju parmesan dan serbuk roti taburkan di atas ketam.
  6.  Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 100 celcius.

INFO CHEF: Selain dibakar, hidangan ini juga boleh dikukus.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI