Sajian berlemak serta bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan. Terasa puas bila menikmatinya. Oleh itu, bagi yang memang gilakan lauk ni, RASA kongsikan 10 aneka masakan lemak untuk anda cuba sendiri di rumah. Memang layan habis beb!

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ayam }potong kecil
  • 2 biji ubi kentang }potong dadu
  • 500ml santan
  • 10 biji cili padi hijau
  • 4cm kunyit hidup
  • 1 batang serai } ketuk
  • 1 sudu makan air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
  3. Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada santan, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu.  Didihkan hingga semua bahan empuk.
  4. Masukkan separuh lagi santan, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
  5. Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

2. AYAM PERCIK BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ayam } bahagian paha
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh air asam jawa
  • 3 biji merah
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 batang serai } ketuk
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit minyak sayur untuk menggoreng
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah lalu bakar di atas pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih dan cili merah dikisar halus. Halia pula dimayang halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bahan-bahan kisar, serai dan halia hingga naik bau. Jika terlalu kering, tambah sedikit air atau stok rebusan ayam/sayur.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  5. Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Tuang kuah ke atas ayam bakar dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Info chef:  Boleh juga dihidangkan secara diasingkan kuah dan ayam.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

3. DAGING MASAK KUNYIT KADAYAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging } potong kecil
  • 250ml santan pekat
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 batang serai }ketuk
  • 1cm lengkuas } ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, serai dan lengkuas. Tumis lagi dan tambah sedikit air.
  4. Masukkan daging dan asam jawa. Didihkan hingga daging benar-benar empuk.
  5. Tuang santan, tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga kuah agak pekat.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

4. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ketul ikan merah
  • 3 biji terung bulat} potong dua atau empat
  • 1 liter santan
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai – ketuk
  • 3 keping asam keping/gelugur
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan dan serai.  Didihkan hingga cili masak.
  3. Masukkan ikan, terung, asam keping  dan separuh lagi santan. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
  4. Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef:  Boleh ganti ikan merah dengan ikan senangin, kurau atau kembung.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

5. KETAM LEMAK NANAS

BAHAN-BAHAN:

2-3 ekor ketam } bersihkan dan potong dua

  • ½ biji nenas }  potong kecil
  • 1 liter santan pekat
  • 3 biji cili merah}kisar
  • 4 ulas bawang merah }kisar
  • 3 ulas bawang putih } kisar
  • 1 batang serai }titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah}hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan separuh santan bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
  2. Masukkan ketam, nanas dan separuh lagi santan. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

6. LEMAK KUNING DAGING SALAI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging salai } hiris nipis
  • 600ml santan pekat
  • 10 biji cili padi  }tumbuk lumat
  • 5 biji bawang merah } tumbuk lumat
  • 3 biji bawang putih }tumbuk lumat
  • 1 batang serai }ketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk.  Didihkan  hingga cili masak.
  2. Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan.  Didihkan hingga semua bahan sebati.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef:  Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau terung pipit.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

7. MASAK LEMAK LABU DAN TAHAI

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji labu kuning } bersihkan dan potong dadu
  • 100gm tahai/tamban masin } bersihkan dan tumbuk kasar
  • 400ml santan
  • 4 biji cili padi
  • 2 biji cili hijau
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat.
  2. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk bersama secawan air dan tahai/tamban lalu didihkan hingga cili masak.
  3. Masukkan separuh santan dan labu.  Didihkan hingga labu empuk.
  4. Masukkan separuh lagi santan, garam dan lada sulah secukup rasa.  Didihkan beberapa minit dengan api yang kecil.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

 8. PAIS IKAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
  • 500ml santan pekat
  • 5biji  bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 1 batang bunga kantan }hiris halus
  • 2-3 helai daun limau purut } mayang halus
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat.  Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.
  3. Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.
  4. Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.
  5. Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.
  6. Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).
  7. Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain seperti tenggiri dan sebagainya.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

9. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 ketul ikan pari
  • 400ml santan pekat
  • 10 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah } tumbuk halus
  • 3 biji bawang putih } tumbuk halus
  • 3cm cekur } tumbuk halus
  • 1 batang serai }ketuk
  • 2 helai daun limau purut}siat
  • 5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit.  Bakar hingga masak.  Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  3. Tuang santan, tambah daun limau purut dan asam aur-aur.  Didihkan hingga semua bahan sebati.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Tuang kuah santan ke atas ikan pari bakar dan hidangkan.

10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.

10. TOMYAM BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300ml stok ayam/air
  • 200ml santan
  • 100gm isi ayam
  • 100gm isi ikan
  • 5-6 ekor udang
  • 2 ekor sotong }potong kecil
  • 1 batang lobak merah }hiris kecil
  • 1 batang serai } ketuk
  • 2 helai daun limau purut siat-siat
  • 1 biji bawang besar } belah empat
  • 2 biji bawang putih } ketuk
  • 5 biji cili padi } ketuk
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan air perahan limau
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan stok ayam/air bersama bawang putih, serai, daun limau purut dan pes tomyam.
  2. Masukkan santan, ayam, isi ikan, udang, sotong, bawang besar dan lobak merah.
  3. Didihkan lagi dengan api kecil hingga semua bahan masak
  4. Masukkan cili padi, air perahan limau, garam dan gula secukup rasa.

Info chef:  Perlu sentiasa dikacau supaya santan tak pecah.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI