Memasak tidaklah terlalu sukar. Hanya perlu ada minat dan sedikit kemahuan, hasilnya pasti membanggakan. Bagi gadis-gadis muda, ilmu memasak ini memang sangat penting. Janganlah ditunggu hingga nak kahwin nanti baru nak belajar. Memang terkial-kial. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit asas dan pengetahuan dalam bidang memasak ni. Barulah nanti bakal mak mertua boleh puji.

Andai melanjutkan pelajaran ke universiti atau melangkah ke dunia pekerjaan yang memerlukan anda tinggal di rumah sewa, ilmu memasak ni memang berguna. Maklumlah, hari-hari kena masak. Kalau di rumah, ibu masih ada untuk sediakan lauk pauk buat anda. Nak beli je? Hmmm..seminggu dua mungkin boleh. Bila dah kerap sangat, lama-kelamaan mesti bosan.

Bukan kata orang lain, adik admin pun selalu mengelat bila disuruh masak. Katanya, sibuk dan tak reti. Alahai…belajarlah. Bukan susah pun. Sekurang-kurangnya kalau disaat kecemasan, bolehlah masak sendiri untuk alas perut tu. Betul tak?

Berikut adalah 10 resipi mudah dan paling senang yang anda boleh belajar masak sebagai permulaan. Lepas dah pro,nanti boleh masak Chicken Chop pula ya.

1. DAGING GORENG BERTELUR

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging | dihiris nipis dan kecil
  • 50gm bawang Holland | dihiris 
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam halus
  • Sedikit minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
  2. Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
  3. Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
  5. Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
  6. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.

2. NASI GORENG AYAM PAPRIK

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung
  • 2 biji bawang merah | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 3 ulas cili padi | dihiris halus
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN AYAM PAPRIK:

  • 150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil
  • 50gm lobak merah | dihiris memanjang
  • ½ biji cili banggala hijau | dihiris
  • 2 helai daun limau kasturi | dihiris
  • 1 batang serai | dititik
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • ½ sudu makan sos cili
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili hingga wangi.
  2. Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.
  3. Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.
  4. Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
  5. Kemudian gaulkan dengan nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.
  6. Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dalam kuali hingga wangi.
  7. Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.
  8. Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.
  9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam.
  10. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.

 3. SAMBAL SARDIN CILI PADI

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sardin | saiz sederhana
  • 2 sudu makan  pes cili kering
  • 1/2 biji bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang  putih |dicincang
  • 5 biji cili padi | belah dua
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong wedges
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CUBA: 

Cara-Cara Nak Buat Bubble Pearl Secara Homemade. Halal, Bersih & Lebih Puas Makan!

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih  hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air, masukkan kentang, biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan ikan sardin berserta air asam jawa. kacau sehingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan cili api yang dihiris.
  6. Sedia  untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Lebih sedap jika ikan sardin digoreng terlebih dahulu.

4. SUP AYAM KENTANG

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm isi dada ayam | dihiris
  • 100gm tulang leher ayam | potong 3cm
  • 250ml air
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm halia | dihiris halus
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • 2 biji kentang | potong wedges
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih serta halia yang dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air.
  2. Apabila air mereneh, masukkan tulang leher ayam dan rebus sehingga empuk.
  3. Masukkan pula sup bunjut dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk sedikit. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk pati ayam.
  4. Akhir sekali masukkan isi ayam yang siap dipotong dan masak selama lima  minit lagi.
  5. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang  ke dalam sup.

INFO CHEF: Boleh hiris cili api untuk rasa yang pedas dan makan bersama sup.

5. KUEY TIAW KERANG

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kuey tiaw
  • 150gm kerang | direbus dan buang kulit
  • 4 ekor udang | dibersihkan
  • 2 biji telur
  • Sedikit tauge
  • Sedikit daun kucai
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam  dan perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng udang sehingga bertukar warna kemerahan.
  2. Ketepikan dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
  3. Kacau bersama udang goreng tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kerang dan kuey tiaw, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.
  5. Ketepikan kuey tiaw dalam kuali pecahkan telur dan gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  7. Sebelum angkat, masukkan tauge dan kucai. Kacau seketika dan hidangkan.

INFO CHEF: JIka ingin basah boleh tambah sedikit air.

6. AYAM GORENG KUNYIT LADA BENGGALA

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perap Ayam:

  • 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan Hirisan:

  • 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
  • 2 tangkai cili merah | hiris

Bahan Tumis:

  • 4ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3cm halia muda | hiris halus

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh perasa ayam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan  tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau seketika, kemudian tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

 

7. SAMBAL TELUR HANCUR

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

ANDA MUNGKIN SUKA: 

13 Resipi Mudah Boleh Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

8. SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung |bersihkan
  • 30gm lengkuas |dihiris
  • 10gm halia |hiris
  • 1 batang serai |hiris
  • 2 biji bawang besar |belah enam
  • 15gm cili padi
  • 10gm kunyit hidup  hiris
  • 200ml air
  • 10gm asam keping

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh.
  2. Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pada saiz ikan tersebut.
  3. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh masukkan cili padi ketuk untuk sedikit rasa pedas.

9. SANDWIC ITALIAN BEEF

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN INTI:

  • 400gm daging | dicincang
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
  • 300gm sos bolognese
  • 1 sudu teh Italian herbs
  • Garam secukup rasa

BAHAN SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Sos Thousand Island
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

CARA MEMASAK:

  1. Goreng daging di atas kuali dengan sedikit air.
  2. Masukkan bawang dan cili benggala. Gaul rata.
  3. Apabila daging agak masak, masukkan sos bolognese, garam dan Italian Herbs. Gaul hingga rata dan padamkan api setelah daging masak dan pecah minyak.
  4. Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti Italian beef, timun dan tomato.
  5. Potong sandwic mejadi kepingan kecil dan sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Hidangan yang cepat serta mudah untuk disediakan buat tetamu.

10. BIHUN SINGAPURA

10 Resipi ‘Basic’ Yang Memang Malu Kalau Dah Umur 20-an Tapi Masih Tak Reti Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm bihun | direndam lembut dan tos kan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 300gm ayam | dihiris nipis
  • 200gm kucai |dipotong pendek
  • 250gm kubis |racik halus
  • 1 batang lobak merah |disagat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan lada  hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • Telur dadar | dihiris
  • Cili merah | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih  sehingga wangi.
  2. Masukan ayam dan lada hitam. Kacau rata.
  3. Apabila mendidih masukkan mihun, kubis, lobak merah, garam dan air. Kacau rata.
  4. Bila nampak mihun lembut masukkan daun kucai.
  5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
  6. Bila hidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

INFO CHEF: Boleh gantikan hirisan ayam dengan hirisan daging yang telah direbus lembut.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI