Saban tahun, Aidilfitri menjelma bakal di sinari pelbagai jenis biskut raya. Tentunya ramai yang mula menyenaraikan jenis biskut yang bakal menghiasi meja di pagi syawal nanti. Biskut berasaskan coklat dan milo sentiasa memenuhi senarai resepi yang digemari tetamu. Khas untuk anda, rasa tampilkan pelbagai  biskut bertemakan coklat dan milo untuk tetamu yang bertandang.

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

1. MILO CORNFLAKES CRUNCHIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 180gm mentega
  • 1/3 cawan gula kastor
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • ½ cawan serbuk milo
  • 3 cawan bijirin milo

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula kastor dan susu pekat sehingga menjadi krim.
  2. Masukkan tepung dan serbuk milo. Gaul hingga sebati.
  3. Sudukan ke dalam cawan kertas.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  5. Hiaskan biskut dengan serbuk milo dan milo crunchdi bahagian atas.

 

INFO CHEF:  Boleh gunakan cawan kertas pelbagai warna untuk lebih menarik kerana biskut berwarna gelap.

Saiz hidangan: 80-100 biji

 

 

2. SEMPERIT MILO

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan mentega
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan nutella
  • 2 sudu makan serbuk milo

BAHAN HIASAN:

  • Coklat urai

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan susu pekat manis sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam adunan tadi.
  3. Uli sehingga menjadi doh kepada 2 bahagian sama banyak.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
  5. Ambil satu bahagian doh dan campurkan dengan nutella dan serbuk milo.
  6. Canai adunan memanjang (dua-dua adunan buat yang sama)
  7. Cantumkan kedua-dua adunan dan masukkan dalam acuan semperit.
  8. Taburkan coklat urai ke atas biskut.
  9. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit

 

INFO CHEF: Selain cip coklat, boleh juga menggunakan kismis atau ceri sebagai hiasan.

Saiz hidangan: 80-100  biji

 

 

3. MILKY MILO

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN A:

  • 130gm mentega
  • 70gm gula
  • ¼ sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

BAHAN B:

  • 170gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm tepung beras
  • 1/8 sudu teh serbuk penaik
  • 20gm cornflakes
  • 20gm serbuk badam
  • 20gm badam | cincang
  • 20gm milo crunch | dikisar
  • 30gm serbuk koko

BAHAN HIASAN:

  • Coklat
  • Gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan-bahan A dalam mixer dan pukul hingga sebati.
  2. Satukan bahan B dan kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A.
  3. Canai dan terapkan dengan menggunakan acuan bintang. Letakkan sebiji coklat di atas biskut.
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
  5. Ayak gula aising di atas biskut.

 

INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera anda sendiri.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

4. CHOCOLATE OATS & MILO COOKIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

IKLAN

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 90gm gula halus
  • 90gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh esen mentega

BAHAN B:

  • 1 biji telur saiz A
  • 1 biji kuning telur
  • 20ml susu cair/ susu UHT

BAHAN C:

  • 350gm tepung rose
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh baking soda
  • 100gm serbuk milo

Bahan D:

  • 250gm coklat cip
  • 80gm oats
  • 30gm cornflakes
  • 30gm badam | cincang

CARA MEMASAK:

  1. Sebatikan bahan A.
  2. Campurkan bahan B ke dalam adunan bahan A.
  3. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam adunan.
  4. Masukkan semua bahan D ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.
  5. Susun di atas dulang pembakar.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit dengan api atas bawah.

 

INFO CHEF: Alas dulang pembakar untuk elak biskut melekat ketika di bakar.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

5. MILO RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 10gm minyak sapi
  • 100gm gula halus
  • 120gm tepung gandum
  • 50gm tepung beras
  • 50gm badam | cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu makan pewarna merah
  • 30gm coklat chip putih
  • 30gm coklat chip
  • 3 sudu makan serbuk milo

BAHAN HIASAN:

  • Milo nugget | dikisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum, tepung beras, serbuk koko dan milo.
  2. Satukan mentega, minyak sapi, gula hingga adunan menjadi kembang dan berwarna kuning pucat.
  3. Tambah telur ke dalam adunan dan putar sehingga sebati.
  4. Tambah esen vanilla dan pewarna merah.
  5. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan.
  6. Tambah badam dan ½ cip coklat dan cip coklat putih.
  7. Gaul adunan sehingga sekata.
  8. Sudukan adunan ke dalam dulang. Hias permukaan doh dengan milo nugget yang dikisar kasar.
  9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C. Bakar selama 20 minit.

 

INFO CHEF: Boleh paipkan dengan coklat masakan cair di atasnya jika suka.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

6. BUTTERSCOTCH MILO COOKIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • 80gm gula perang
  • 80gm gula halus
  • 2 sudu makan esen vanilla
  • 1 biji telur saiz A
  • 225gm tepung gandum
  • ½ sudu makan soda bikarbonat
  • ¼ sudu teh garam
  • 200gm cip coklat butterscotch
  • 3 sudu makan serbuk milo

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur dan pukul sehingga rata.
  3. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk milo. Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  4. Masukkan cip coklat butterscotch dan gaul sehingga rata.
  5. Sudukan adunan menggunakan sudu teh dan susun di atas dulang.
  6. Bakar selama 8-10 min pada suhu 190C.

 

INFO CHEF: Jika suka, letak hirisan badam diatas biskut sebagai hiasan.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

7. BISKUT MILO PELANGI

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 30gm gula aising
  • 140gm tepung gandum
  • ¼ sudu teh serbuk penaik
  • 4 sudu makan serbuk milo
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN HIASAN:

  • Gula berwarna-warni

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dengan gula aising sehingga putih.
  2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk milo sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan vanilla esen sekali.
  3. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 15-30 minit.
  4. Bentukkan adunan mengikut kesukaan masing-masing.
  5. Taburkan gula berwarna-warni ke atas adunan.
  6. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit

 

INFO CHEF: Biskut boleh dibentuk mengikut cita rasa masing-masing.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

8. ALMOND HEAVEN COOKIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 226gm mentega
  • 2 ½ cawan tepung gandum |  diayak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur | dipukul sikit
  • 2 sudu teh esen vanilla

BAHAN HIASAN:

IKLAN
  • Badam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mentega ke dalam bahan kering.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati
  3. Sudukan adunan dan susun di atas dulang.Hiaskan sebiji badam di atas setiap adunan.
  4. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 170C.

 

INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambah cip coklat atau guna walnut menggantikan badam.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

9. CHOCOLATE BALLS

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • ¾ cawan mentega | dilembutkan
  • ¾ cawan gula perang
  • 1 biji telur saiz A
  • ¼ cawan susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh baking soda

 

CARA MEMASAK:

  1. Krimkan mentega dan gula perang sehingga kembang.
  2. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking soda yang telah diayak terlebih dahulu.
  4. Pukul rata.
  5. Tutup adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
  6. Bentukkan bulat seperti bebola dan letak di dalam cawan kertas. Taburkan coklat urai di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 7-8 minit.

 

INFO CHEF: Boleh tambah hiasan berwarna di atasnya untuk lebih menarik.

Saiz hidangan: 80-100 keping

 

 

10. MILO CRUNCH COOKIES

10 Jenis Biskut Raya Coklat Dan Milo Betul-Betul Rangup Boleh Buat Raya Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan cornflakes
  • 200gm coklat masakan | dicincang kasar
  • 3 sudu besar golden syrup
  • 50gm mentega

BAHAN HIASAN:

  • Buah Ceri

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan cornflakes (hancur kasar)
  2. Masukkan coklat masakan, golden syrup dan mentega ke dalam kuali.
  3. Kacau di atas api yang perlahan sehingga adunan sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan letak buah ceri sebagai hiasan.
  5. Sejukkan ke dalam peti ais semalaman.

 

INFO CHEF: Agak mudah dibuat kerana tidak memerlukan ketuhar untuk membuatnya.

Saiz hidangan: 80-100 biji

 

 

Resipi: Terima kasih @shehezcookies

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI